Teaching Caterpillar To Fly

Kuala Terengganu | Sebagai sebahagian daripada agenda strategik jabatan dalam memperkukuh pembangunan kepimpinan dan keupayaan pengurusan organisasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menganjurkan Seminar “Teaching The Caterpillar To Fly: Memperkasakan Kemahiran Kepimpinan dan Pengurusan Dengan Modul 10Q” bertempat di Dewan Ilmuwan, PPAT
Seminar ini telah disertai oleh 30 orang kakitangan Pengurusan PPAT dan dikendalikan oleh Datuk Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor, Pengasas DTE Consult dengan penekanan kepada pembangunan kepimpinan berimpak tinggi berasaskan Model 10Q (10 Quotients - 10QS).
Melalui pendedahan kepada 10 jenis kecerdasan dan kebijaksanaan, peserta diperkasa dengan kefahaman kendiri yang lebih menyeluruh, keupayaan membuat keputusan secara strategik, pengurusan pasukan yang efektif serta pembentukan minda kepimpinan yang berintegriti, berdaya saing dan berorientasikan kecemerlangan.
Penganjuran seminar ini mencerminkan komitmen berterusan PPAT dalam memperkasa modal insan berkualiti tinggi, selaras dengan aspirasi jabatan untuk menjadi peneraju perpustakaan terunggul serta pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan perpustakaan yang inovatif, berkesan dan berimpak kepada masyarakat.
Berita dan Gambar oleh : UPPK & Unit Media PPAT
 
tctf
tctf
tctf
tctf
tctf
tctf
tctf
tctf
tctf
tctf
tctf
tctf
tctf
tctf
tctf
tctf
tctf
tctf
 
Last modified on Selasa, 20 Januari 2026 17:47
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO