PANT | Sebagai langkah strategik untuk memperkukuh perancangan organisasi serta mempertingkat keupayaan penjanaan hasil secara mampan dan berdaya saing, PPAT telah menganjurkan Bengkel Hala Tuju dan Penjanaan Hasil PPAT bertempat di Dewan ilmuwan, PPAT.
Bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Pn. Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT, yang menekankan kepentingan tadbir urus strategik, pemikiran inovatif dan kesiapsiagaan organisasi dalam mendepani cabaran persekitaran yang dinamik. Program ini turut menampilkan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hj. Lukman @ Zawawi bin Mohamad, Pensyarah Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai panel jemputan.
Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Pengurusan PPAT serta Daerah dan Pekan telah terlibat secara aktif dalam bengkel ini bagi menetapkan hala tuju organisasi, mengenal pasti potensi penjanaan hasil baharu serta menyelaras peranan warga kerja secara bersepadu. Majlis perasmian penutup bengkel telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ab Rasid bin Jusoh, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Timbalan Pengerusi PPAT.











