Perpustakaan Daerah

Daerah Kemaman

Perpustakaan Awam Daerah Kemaman

Perpustakaan Awam Daerah Kemaman,
Jalan Padang, 24000 Kemaman,
Terengganu.
Tel: 09-8595315

Perpustakaan ini pada mulanya dikendalikan oleh KEMAS yang mana ianya terletak di Jalan Air Putih Kemaman dan diambilalih Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu pada Disember 1980.

Setelah berada di bawah Pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu perpustakaan ini telah memula perkhidmatannya kepada masyarakat di Daerah Kemaman pada Januari 1981 dan pertengahan 1981 telah memulakan perkhidmatan pinjamannya.

Pada April 1989 telah berpindah ke bangunan sendiri 2 tingkat dari Jalan Air Putih ke-Jalan Padang Kemaman. Perpustakaan ini memulakan perkhidmatan di bangunan baru pada Mei 1989.

 

Waktu Perkhidmatan

Ahad – Rabu : 9.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu : 8.30 pagi - 5.00 petang

Jumaat dan Cuti Am : TUTUP

 

Daerah Dungun

Perpustakaan Awam Daerah Dungun

 

Perpustakaan Awam Daerah Dungun,
Jalan Merbuk,Sura Gate,
23000 Dungun,Terengganu.
Tel: 09-8482902

Perpustakaan Awam Dearah Dungun telah diambilalih daripada Majlis Daerah Dungun yang mana pada ketika itu terletak di sebuah bangunan bekas Pasar Kampung Molek kepunyaan Kerajaan Negeri. April 1981 memulakan perkhidmatan kepada orangramai dan selepas itu berpindah ke bangunan sendiri terletak di Jalan Tembesu, Dungun pada pertengahan tahun 1983. Memandangkan keadaan perpustakaan yang ada terlalu sempit.

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu mengambil keputusan untuk mendirikan bangunan lain yang terletak di Jalan Merbuk dengan perbelanjaan sebanyak RM2.7 juta yang ditanggung bersama oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Oktober 1993 berpindah ke bangunan baru dua tingkat dan memulakan perkhidmatan semula kepada orangramai mulai November 1993. Pada 7.8.1994 Perpustakaan Awam Cawangan Dungun telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amar DiRaja, Menteri Besar Terengganu.

 

Waktu Perkhidmatan

Ahad – Rabu : 9.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu : 8.30 pagi - 5.00 petang

Jumaat dan Cuti Am : TUTUP

 

Daerah Hulu Terengganu

Perpustakaan Daerah Hulu Terengganu

 

Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu,
Jalan Kampung Buluh,21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu,Terengganu.
Tel: 09-6811789

Pada 2.5.1984 Perpustakaan Awam Cawangan Hulu Terengganu telah menduduki di satu bangunan 2 tingkat yang disewa daripada Yayasan Islam Terengganu yang terletak di Jalan Pasar Kuala Berang, telah memulakan perkhidmatan kepada orangramai pada 4 Jun 1985. Setelah sekian lama memberi perkhidmatan di sini perpustakaan ini telah berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di jalan Kampung Buluh Kuala Berang iaitu berhampiran dengan Jabatan Bomba pada 5.12.1988 dan memulakan perkhidmatannya di bangunan sendiri pada 9.1.1989.

 

Waktu Perkhidmatan

Ahad – Rabu              : 9.00 pagi  - 5.00 petang
Sabtu                        : 8.30 pagi -  5.00 petang

Jumaat  dan  Cuti Am : TUTUP

 

Daerah Marang

Perpustakaan Awam Daerah Marang

Perpustakaan Awam Daerah Marang,
21600 Marang,Terengganu.
Tel: 09-6182469

Perpustakaan ini mula beroperasi pada 1 Februari 1984 ianya dibuka kepada umum pada 1 Ogos 1984. Bangunan yang digunakan adalah sebuah rumah dua tingkat yang disewa berhampiran Pusat Kesihatan Besar Marang iaitu Jalan Marang - Dungun.

Pada 1 Julai 1990 perpustakaan ini berpindah ke bangunan baru di Taman Kurnia Jaya, Marang iaitu bangunan kedai dua tingkat yang juga disewa iaitu di Jalan Marang - Wakaf Tapai dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat umum selepas itu.

Waktu Perkhidmatan

Ahad – Rabu              : 9.00 pagi  - 5.00 petang
Sabtu                        : 8.30 pagi -  5.00 petang

Jumaat  dan  Cuti Am : TUTUP

 

Daerah Besut

Perpustakaan Awam Daerah Besut

Perpustakaan Awam Daerah Besut,
Kampung Raja,22200 Besut,
Terengganu.
Tel: 09-6956973

Perpustakaan ini telah diambilalih oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu pada tahun 1981 iaitu daripada pihak Jawatankuasa Perpustakaan Awam Daerah Besut. Sebelum diambilalih perpustakaan ini terletak berhampiran dengan Dewan Bandaran Besut dan telah dibuka dengan rasminya pada 19 Jun 1976 oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Terengganu ketika itu.

Pada Mac 1982 perpustakaan ini telah dibuka kepada orangramai setelah diambilalih oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dengan menempat kakitangan tetap dan menambahkan koleksi. Pada Oktober 1987 berpindah ke bangunan sendiri yang agak selesa terletak di Kampung Raja iaitu beberapa kilometer daripada perpustakaan lama.

Pada Jun 1988 perkhidmatannya mula diberikan dan bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhomat Dato’ Seri Amar DiRaja Menteri Besar Terengganu pada 7 Mei 1992.

Waktu Perkhidmatan

Ahad – Rabu              : 9.00 pagi  - 5.00 petang
Sabtu                        : 8.30 pagi -  5.00 petang

Jumaat  dan  Cuti Am : TUTUP

 

Daerah Setiu

Perpustakaan Awam Daerah Setiu

setiu2

 

Perpustakaan Awam Daerah Setiu,
Bandar Permaisuri,
22100 Setiu,
Terengganu.
Tel: 09-6099137

Perpustakaan ini telah diambilalih Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu daripada Pengedalian Jabatan KEMAS pada tahun 1987 dan memulakan operasinya pada bulan September 1987 dan dibuka kepada orangramai menggunakan perkhidmatan ini pada Oktober 1988. Ianya terletak di Bandar Permaisuri Setiu.

Waktu Perkhidmatan

Ahad – Rabu              : 9.00 pagi  - 5.00 petang
Sabtu                        : 8.30 pagi -  5.00 petang

Jumaat  dan  Cuti Am : TUTUP

 

Pekan Kerteh

Perpustakaan Awam Pekan Kerteh

setiu2

 

Perpustakaan Awam Pekan Kerteh,
Jalan Bakti,
24300 Kerteh,
Terengganu.

Perpustakaan Awam Pekan Kerteh mula ditubuhkan pada awal Oktober 1987 dan pada peringkat awal beroperasi di Lot 1 dan Lot 2, bangunan kedai dua tingkat milik PMINT di Bandar Baru Kerteh. Perpustakaan ini telah dirasmikan pada 2 November 1987 oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu ketika itu dan mula memberikan perkhidmatan kepada orang ramai pada 1 Januari 1988.


Seiring dengan pertambahan koleksi dan keperluan pengguna, pada tahun 2009, Lot 3 bangunan PMINT turut disewa bagi menampung pertambahan koleksi dan dijadikan ruang rujukan. Pada 1 Julai 2020, Perpustakaan Awam Pekan Kerteh berpindah ke bangunan baharu di Jalan Bakti, Kerteh, bersebelahan dengan Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh. Perkhidmatan di bangunan baharu mula dibuka kepada pengguna pada 19 Februari 2022.

Kini, Perpustakaan Awam Pekan Kerteh menyediakan pelbagai kemudahan termasuk Bahagian Pinjaman Dewasa, Bahagian Pinjaman Kanak-Kanak, Bahagian Rujukan, Ruangan Aktiviti Kanak-Kanak, Zon Interaktif dan Perpustakaan Digital bagi menyokong keperluan ilmu, pembelajaran, maklumat dan aktiviti komuniti.


Waktu Perkhidmatan


Ahad – Rabu              : 9.00 pagi  - 5.00 petang
Sabtu                        : 8.30 pagi -  5.00 petang

Jumaat  dan  Cuti Am : TUTUP

 

Perpustakaan Bergerak

Perpustakaan Bergerak

-image-

Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak yang pertama telah ditubuhkan pada bulan September 1981. Perkhidmatan ini beroperasi pada bulan Jun 1982 iaitu sebuah bas mini sumbangan Kerajaan Negeri dan beroperasi di kawasan utara. Perkhidmatan ini disediakan untuk memberi peluang kepada penduduk-penduduk di luar bandar meminjam buku-buku di tempat mereka sendiri. Sehingga kini seluruh daerah di negeri Terengganu telah pun mendapat perkhidmatan ini.

 

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO