PPAT YIT PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK

21 Januari 2026 | Sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara agensi serta meneroka potensi kerjasama berimpak tinggi, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan Kunjungan Hormat Murni kepada Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT) bertempat di Tingkat 11, Menara Yayasan Islam Terengganu. Kunjungan ini bertujuan membuka ruang kolaborasi dalam bidang literasi maklumat, pembangunan modal insan, pemerkasaan ilmu keagamaan serta penglibatan komuniti selaras dengan aspirasi pembangunan Negeri Terengganu.
Delegasi PPAT telah diketuai oleh Encik Mohd Rijaluddin bin Muda yang mewakili Pengarah PPAT, bersama barisan pegawai pengurusan PPAT. Kehadiran delegasi telah disambut oleh YBrs. Dr. Haji Ahmad Fadluldin bin Mohamad, Timbalan Pengarah Pembangunan Insan, mewakili Pengarah YIT, serta barisan pegawai pengurusan Yayasan Islam Terengganu.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan PPAT dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik merentas agensi, sekali gus memperkasa peranan perpustakaan sebagai pemangkin pembangunan ilmu, pembentukan masyarakat berpengetahuan dan penyampaian perkhidmatan berimpak tinggi kepada komuniti.
 
yit
yit
yit
yit
yit
yit
yit
yit
yit
yit
More in this category: « Teaching Caterpillar To Fly
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO