Berita & Peristiwa

ssl2  KUALA TERENGGANU – Selaras dengan era digital dan ledakan maklumat yang kian pesat, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) kini mempunyai Perpustakaan Bestari Samsung yang boleh digunakan oleh orang awam.
mandarin  Program Bahasa Mandarin Komunikasi Tahun 2015 akan diadakan bermula 5 Oktober 2015 bertempat di Pusat Bahasa Terengganu, PPAT. Pendaftaran dibuka sekarang. Sila daftar segera, tempat adalah terhad. Terima kasih.

Pada 2 September 2015, seramai 8 orang kakitangan yang terdiri daripada Pustakawan, Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan telah mengadakan lawatan kerja dan perkongsian maklumat ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Perpustakaan Negara Malaysia. Lawatan ini telah diketuai oleh Cik Khomzah bt Sheik Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Koleksi.

ppas1

Pada jam 9.00 pagi peserta telah melawat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan telah diberi taklimat oleh Pn. Suzliana Abd Hamid merangkap Timbalan Pengarah dan Ketua Bahagian Pengurusan Koleksi. Di dalam lawatan ini peserta telah dibawa melihat keseluruhan aktiviti perolehan dan pemprosesan sumber perpustakaan. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari proses kerja add item menggunakan sistem Smart Item Distribution (SID) dan sistem-sistem lain yang telah dibangunkan oleh PPAS. Di akhir lawatan peserta telah diberi peluang untuk melawat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PPAS termasuklah merasai sendiri pengalaman menggunakan Teater XD atau juga dikenali sebagai Teater 6D yang merupakan teater simulasi pengembaraan yang mencabar dan menghiburkan.

ppas2

Pada jam 2.30 petang peserta telah melawat ke Perpustakaan Negara Malaysia Lawatan dan perkongsian maklumat ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada kakitangan bagi mempelajari dan melihat proses perolehan dan pembelian bahan- bahan terbitan bersiri dan monograf. Diharapkan melalui perkongsian maklumat dan informasi lawatan kerja ini akan dapat menambahbaik proses kerja di PPAT dan seterusnya dapat mengadaptasikan amalan terbaik perpustakaan lain bagi memenuhi keperluan jabatan.

 

Perasmian Pelancaran Program Nilam Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu telah dilakukan oleh Encik Kamarudin Bin Ismail, Penolong Pustakawan Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu. Perasmian tersebut adalah mewakili Pengarah Perbadanan Perpustakaaan Awam Terengganu pada 25 Februari 2017 (Ahad) bertempat di Dewan Perdana Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu.

Pelancaran Program Nilam  adalah pelaksanaan Aktiviti Gerakan Membaca melalui beberapa objektif yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu proses pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat.

Pelancaran TV Pusat Sumber sekolah (TV PSS) telah diadakan serentak bersama Pelancaran Program Nilam tersebut. Projek TV PSS yang telah diperkenalkan oleh Bahagian Pendidikan Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu adalah bagi melatih dan membolehkan pelajar-pelajar berkomunikasi bertepatan dengan Kemahiran literasi maklumat di sekolah.

Seramai 800 orang pelajar dan guru-guru berkumpul di Dewan Perdana semasa majlis Perasmian Pelancaran Nilam dan Pelancaran TV Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT TV).

 

sahut2 1

sahut

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO