Kursus Asas Protokol dan Etiket Sosial

28 April 2026, Selasa | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan Kursus Asas Protokol dan Etiket Sosial bertempat di Bilik Bestari, PPAT sebagai usaha memperkukuh pengetahuan serta kefahaman warga kerja terhadap aspek protokol rasmi, pengurusan majlis dan amalan etiket sosial yang bertepatan dengan standard perkhidmatan profesional. Penganjuran kursus ini bertujuan memastikan setiap pegawai dan kakitangan sentiasa menampilkan imej yang berwibawa, berdisiplin serta beretika dalam menjalankan tugas seharian.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Zahari bin Janah, Pegawai Penyelaras Istiadat Pengurusan Majlis dan Protokol, yang menyampaikan pelbagai input berkaitan tatacara pengurusan majlis rasmi, susunan keutamaan, adab berkomunikasi serta penampilan diri yang mencerminkan nilai profesionalisme dalam organisasi. Pengisian yang disampaikan secara komprehensif dan praktikal telah memberikan pendedahan yang sangat bermanfaat kepada seluruh peserta.
Majlis Penutup Kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada penceramah atas perkongsian ilmu yang amat bernilai serta menggesa agar semua warga kerja dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan, seterusnya mengukuhkan imej korporat dan kecemerlangan organisasi PPAT.
 
etiket
etiket
etiket
etiket
etiket
etiket
etiket
etiket
etiket
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO