PPAT SATU Perkukuh Kerjasama

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) hari ini meneruskan usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik melalui kunjungan hormat murni ke atas Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU).
Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Y.Brs. Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT, bersama delegasi pegawai pengurusan PPAT. Kehadiran delegasi PPAT telah disambut oleh YBrs. Puan Ana Salwati binti Embong, Pengurus Besar Kanan, Kewangan dan Korporat, yang mewakili YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif SATU, serta barisan pegawai pengurusan SATU.
Sesi pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan profesional ini memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan peluang kerjasama strategik antara kedua-dua agensi. Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha memperkukuh hubungan institusi serta penerokaan potensi kolaborasi baharu yang berfokuskan pemerkasaan modal insan, pengukuhan literasi maklumat dan pelaksanaan inisiatif inovatif berorientasikan komuniti.
PPAT berharap kunjungan ini dapat menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dan berimpak tinggi, sekali gus menyokong aspirasi pembangunan Negeri Terengganu serta memperluas manfaat perkhidmatan kepada masyarakat secara menyeluruh.
Berita dan Gambar oleh : UPPK & Unit Media PPAT
 
satu1
 
satu1
 
satu1
 
satu1
 
satu1
 
 
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO