Kuala Terengganu | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan Bengkel Sanggar Kerja PPAT 2026 bertempat di Dewan Ilmuan, PPAT bagi menetapkan matlamat dan hala tuju strategik PPAT tahun 2026. Bengkel ini bertujuan memperkukuh perancangan strategik Bahagian/Unit bagi memastikan pelaksanaan program dan aktiviti lebih mantap, tersusun dan memberi impak yang lebih signifikan kepada organisasi.
Taklimat bengkel telah disampaikan oleh Encik Mohd Rijaluddin bin Muda, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan PPAT melalui pembentangan akhir Pelan Strategik PPAT 2026 - 2030. Sesi pembentangan Sanggar Kerja PPAT turut dikendalikan oleh semua Ketua Bahagian, diikuti dengan rumusan sanggar kerja tahun 2026 oleh Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan.
Bengkel disempurnakan dengan ucapan penutup oleh YBrs. Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT menekankan komitmen seluruh warga kerja dalam merealisasikan matlamat strategik dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan PPAT kepada masyarakat.









