Kuala Terengganu, 30 September 2026 | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) berbesar hati menerima kunjungan hormat murni YBhg. Dato’ Dr. Haji Abdul Latif bin Awang, Mantan Pengerusi PPAT. Kunjungan ini turut menjadi wadah perkongsian pengalaman, pandangan dan aspirasi berkaitan agenda transformasi pendidikan, pembangunan modal insan serta pemerkasaan ekosistem ilmu sebagai pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan negeri Terengganu.
Dalam kesempatan tersebut, YBhg. Dato’ Dr. Haji Abdul Latif turut menyumbangkan koleksi buku peribadi beliau kepada PPAT untuk dimanfaatkan sebagai sumber rujukan dan bahan penyelidikan, sekali gus menjadi khazanah ilmu yang bernilai untuk generasi masa kini dan akan datang. Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyemarakkan budaya membaca serta memperkasa masyarakat berpengetahuan.
PPAT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan, perkongsian ilmu dan sumbangan yang amat bermakna tersebut. Semoga jalinan hubungan serta perkongsian strategik ini terus diperkukuh dalam memperkasa peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu, pembelajaran dan pemangkin pembangunan masyarakat, selaras dengan aspirasi Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.








