Kunjungan Hormat Murni, Menghargai Jasa, Menyanjung Bakti

27 Ogos 2026, Khamis | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) berkesempatan mengadakan Kunjungan Hormat Murni kepada YBhg. Dato’ Haji Tun Ahmad Faisal b. Tun Abdul Razak, Mantan Pegawai Kewangan Negeri Terengganu serta YBhg. Tuan Haji Abu Hassan b. Ghazali, wakil Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan wakil Persatuan Pustakawan Malaysia.
Kunjungan ini menjadi wadah untuk PPAT menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat bersara atas segala komitmen, dedikasi, kepakaran dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh berkhidmat sebagai Ahli Lembaga PPAT. Segala pandangan, nasihat dan pengalaman yang dikongsikan telah memberikan nilai tambah dalam memperkukuh tadbir urus serta menyokong usaha PPAT memperkasakan agenda ilmu, pendidikan dan pembangunan masyarakat.
Delegasi yang mewakili Pengarah PPAT telah diketuai oleh Encik Mohd Rijaluddin b. Muda, Timbalan Pengarah (Pengurusan) bersama Dr. Kamarulzaman b. Mahmood, Timbalan Pengarah (Operasi) dan Puan Aini Nur Farrah Hani bt. Mohd Nor, Penolong Pengarah (Pusat Bahasa Terengganu).
PPAT merakamkan setulus penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti serta sumbangan yang telah diberikan. Semoga fasa baharu kehidupan ini dilimpahi kesihatan, ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan, serta terus diberi ruang untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan negeri.
Jasamu dikenang, bakti disanjung.
 
hormatmuni2
hormatmuni2
hormatmuni2
hormatmuni2
hormatmuni2
hormatmuni2
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO