Rubik Cube Open Terengganu 2025 Sengit

rubik
 
Sebagai usaha memperkasa pembudayaan ilmu dalam kalangan generasi muda, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) melalui Bahagian Rangkaian Perpustakaan, PPAT dengan kerjasama UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun telah menganjurkan Pertandingan Rubik Cube Open Terengganu 2025 pada 30 Ogos 2025 (Sabtu) di di Aras 2, KTCC Mall Kuala Terengganu sempena Pesta Buku SMO Bookstores.
Rubik Cube bukan sekadar permainan, malah merupakan kemahiran tindak balas yang kreatif dalam merangsang daya fikir, tumpuan serta kemahiran menyelesaikan masalah secara pantas. Pertandingan ini bertujuan menyediakan platform sihat dan mencabar minda kepada pelajar serta belia, seiring dengan aspirasi PPAT untuk menggalakkan aktiviti yang sihat, pembangunan modal insan dan intelektual komuniti.
Program ini juga dilihat sebagai medium yang berupaya merapatkan jurang antara institusi ilmu, pendidikan dan masyarakat melalui penganjuran aktiviti pertandingan yang kompetitif dan mencabar minda.
Seramai 80 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut berdasarkan peringkat umur iaitu kategori A (7 - 9 tahun) 20 orang, Kategori B (10 - 12 tahun) 20 orang dan Kategori C-D (13 tahun ke atas) 40 orang. Dengan adanya pertandingan ini, peserta dapat mencungkil bakat dan potensi diri sebagai aktiviti intelektual yang mencabar minda, kemahiran berfikir secara logik dan kreatif dan meningkatkan daya tumpuan serta memperkukuh jaringan kerjasama antara perpustakaan, institusi pendidikan dan komuniti melalui aktiviti bersama.
Penutup daripada pertandingan tersebut, para peserta yang telah berjaya menyelesaikan permainan ini dengan pantas, telah disampaikan hadiah mengikut Kategori A oleh Dr. Kamarulzaman bin Mahmood, Ketua Bahagian Rangkaian Perpustakaan, PPAT, Kategori B oleh Pn. Noor Hafiza Mohammed, Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun dan Kategori C - D oleh Encik Ahmed Azim bin Othman, Pengarah Urusan Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd. Pertandingan ini bukan sahaja sebagai platform mencungkil bakat tetapi juga sebagai usaha mendekatkan komuniti dengan perpustakaan dan dunia intelektual. Kerjasama strategik antara PPAT, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun dan JPNT diharap dapat memberi impak positif dalam memacu agenda pembangunan modal insan Pendidikan Negeri Terengganu.
rubik
 
rubik
 
rubik
 
rubik
 
rubik
 
rubik
 
rubik
 
rubik
 
rubik
 
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO