
Satu Program Ceramah & Pameran Penjagaan Pemakanan dan Kesihatan Pada Bulan Puasa telah diadakan pada 1 Ogos 2012 bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang. Ceramah telah disampaikan oleh Pegawai Zat Makanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang iaitu Tuan Nor Baizura Tuan Bidin. Para peserta program adalah terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan di Daerah Marang termasuk kakitangan Perpustakaan Daerah dan Desa seramai 55 orang.

