 | PPAT telah mengadakan pelbagai Aktiviti Sempena Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2009 dengan mengadakanJualan Buku Murah ( 19 - 23 Dis. 2009 ), Pameran Deklamapuisi oleh Marzuki Ali (15 - 14 Mac 2010) , Program Riang Ria Bersama Upin dan Ipin pada 19 - 20 Dis. 2009 di Lobi Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan juga pelbagai aktiviti lagi untuk Kanak-Kanak. | |
 | PPAT dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara telah mengadakan Bengkel Adik@PPAT dan Remaja@LPPKN di Perpustakaan Awam Terengganu pada 15 - 16 Disember 2009 ,ianya telah disertai seramai 80 orang peserta dan penyertaannya adalah percuma. | |
 | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dengan kerjasama Les' Copaque Production akan menganjurkan Program Riang Ria Cuti Sekolah Bersama Upin & Ipin pada 19-20 Disember 2009. Bertempat di Lobi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Pelbagai aktiviti menarik di sediakan seperti Tayangan Video Upin & Ipin , Kuiz , Ceramah Animasi , Jualan Barangan Upin & Ipin dan lain lain lagi termasuk penampilan istimewa Maskot Upin & Ipin pada 19 Disember 2009 Jam 10.00 pagi dan 3.00 petang. Orang ramai di jemput hadir. | |
 | Cik Aminah Ali ,Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Koleksi PPAT menyampaikan cenderahati kepada Cik Nor Adila bt. Ahmad Razif ,beliau merupakan pengunjung bertuah yang ke 300 mengunjungi Perpustakaan pada 1 Disember 2009. foto Kamal Afif Rameli Dan dibawah Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat telah memenangi hadiah Sempena Kempen Kitar Semula bahan-bahan terbuang bagi mengisi Tabung Kelab Sukan PPAT yang telah diadakan pada 26 Nov. 2009 | |
 | PPAT telah mengadakan Kempen Kitar Semula bahan-bahan yang terbuang di Perkarangan Perpustakaan pada 26 Nov. 2009 bagi mengisi Tabung Kelab Sukan Perpustakaan Awam Terengganu. Dan Puan Asni Mansor Al Hafizah telah menyampaikan ceramah yang bertajuk " Cemerlang dirumah , Cemerlang dipejabat " kepada kakitangan Perpustakaan di Dewan Teater PPAT pada 19 Nov. 2009. | |
 | Yang Berhormat Datuk Haji Za’abar bin Haji Mohd Adib,Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri ( ADUN Rantau Abang ) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Perpustakaan Desa Kg. Kuala Abang pada 17 Nov. 2009. | |
 | Majlis perasmian Perpustakaan Desa Kg. Keruak , Besut Terengganu telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohammad ( ADUN Hulu Besut ) pada 15 Nov. 2009, majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu . | |
 | Perpustakaan Desa Kampung Getang Hulu Terengganu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Zawawi bin Ismail (ADUN Kuala Berang), pada 11 November 2009.Sempena majlis tersebut pelbagai acara telah diadakan seperti pertandingan Mewarna dan Gubahan Hantaran Tuala. | |
 | YB Encik Ahmad Razif Abdul Rahman, Exco Kerajaan Negeri Terengganu telah merasmikan Program Membaca 1 Malaysia 2009 Peringkat Negeri Terengganu dan Pelancaran Buku Anak Terengganu Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir , sempena majlis tersebut PPAT turut serta mengadakan pameran dan kaunter Pendaftaran Keahlian pada 29 Okt. 2009 | |
 | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah mengadakan Kempen Pendaftaran Keahlian Perpustakaan secara bergerak ke Sekolah Kebangsaan Losong , Kuala Terengganu pada 27 Oktober 2009 .Sekolah tersebut merupakan sekolah yang ke enam belas didalam kempen keahlian ke sekolah-sekolah Rendah dan Menengah di daerah Kuala Terengganu. | |
 | Puan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu menyampaikan hadiah dan sijil kepada Encik Banisahudi bin Mohamed iaitu Pemandu Kenderaan dari Perpustakaan Awam Daerah Besut kerana terpilih sebagai kakitangan yang cemerlang dan senyum sokmo bagi bulan Julai - September 2009. | |
 | Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah mengadakan Bengkel Bercerita Kanak-Kanak kepada Kakitangan Perpustakaan Awam Negeri, Daerah ,Desa serta Guru-guru Tadika Yayasan Islam Terengganu. Bengkel tersebut dikendalikan oleh Puan Saki Sasamori, Pengarah Eksekutif ,Education Kanak-Kanak Organization Jepun, seramai 40 orang peserta mengikuti Bengkel tersebut yang telah diadakan pada 13 Oktober 2009 di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Negeri Terengganu sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu. | |
 | Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor dan rombongan telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu pada 7 Okt. 2009 , beliau telah diberi taklimat mengenai perkembangan dan perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu | |
 | Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Jabatan telah diadakan di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Negeri Terengganu pada 1 Oktober 2009, dimajlis tersebut ia telah dihadiri oleh Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu YB Encik Ahmad Razif Abd. Rahman, YB Setiausaha Kerajaan Terengganu , Ahli-Ahli Lembaga Perbadanan ,tetamu-tetamu Jemputan serta kakitangan Perbadanan dari seluruh negeri Terengganu. | |
 | Puan Hjh. Nor Akmal Abdul Fatah, Pengarah PPAT meneliti kandungan SALAM iaitu Buletin PPAT yang pertama kali diterbitkan sempena Majlis pelancarannya pada 20 Ogos 2009 sambil diperhatikan oleh En. Muhaisham Ibrahim selaku Ketua Pengarang penerbitan | |
 | Kelab sukan PPAT telah mengadakan majlis gotong royong mengacau bubur lambuk sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarakh diperkarangan PANT untuk diagihkan kepada ahli-ahli Kelab PPAT pada 3 Sept. 2009 | |
 | Guru-guru Perpustakaan dan Media (GPM) Negeri Terengganu mengikuti Kursus Asas Pengkatalogan Bahan yang telah diadakan diBilik Seminar Perpustakaan Awam Negeri Terengganu pada 10 hingga 11 Ogos 2009. Kursus tersebut anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu,Seramai 50 Orang telah menyertai kursus tersebut | |
 | Puan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu merasmikan Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang ,Terengganu pada 2 Ogos 2009 bertempat di Sekolah tersebut, pelbagai acara telah diadakan antaranya ialah Pameran, Pendaftaran Keahlian Perpustakaan ,Peraduan Mencari Maklumat dan juga jualan buku dari pembekal tempatan. | |
| Majlis Perasmian Perpustakaan Desa Felda Kerteh Satu Dungun telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Matulidi bin Jusoh ,Ahli Parlimen Dungun pada 26 Julai 2009 manakala Perpustakaan Desa Kampung Sekayu ,Hulu Terengganu telah dirasmikan oleh YB Encik Rozi bin Mamat ,Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri pada 27 Julai 2009. | |
 | Ketua Unit Teknologi Maklumat Encik Wan Azhari Wan Mamat mengendalikan Kursus Komputer dan web Cube kepada seramai 20 orang kakitangan Perpustakaan diseluruh daerah di Negeri Terengganu .Kursus telah diadakan di Makmal Komputer PANT mulai 15 - 16 Julai 2009 | |
 | Kursus Asas Perpustakaan kepada pelajar-pelajar Sek. Men. Keb. Tengku Lela Segara Marang  telah diadakan di Dewan Teater PANT pada 14 Julai 2009 dan disertai seramai 35 orang pelajar serta 3 orang guru. | |
 | Kursus Asas Perpustakaan kepada pelajar-pelajar Sek. Men. Keb. Pelagat , Besut ,Terengganu  telah diadakan di Dewan Teater PANT pada 9 Julai 2009 | |
 | Tahniah..pemenang-pemenang pengguna/pengunjung bertuah menerima hamper daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu kerana terpilih sebagai pengguna/pengunjung yang bertuah datang ke Perpustakaan Awam Negeri pada hari Sabtu 4 Julai 2009. | |
 | Pelajar-Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang diberi latihan dan penerangan mengenai Pangkalan data Mylib oleh Pegawai-pegawai dari Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat. Program sehari ini telah diadakan pada 6 Julai 2009 di Bilik Maklmal Komputer PANT dan ianya disertai seramai 40 orang pelajar dari sekolah tersebut. | |
 | Kakitangan PPAT melakukan Aktiviti Senaman POCO POCO yang di adakan pada 18 JUN 2009 bertempat di Dewan Serbaguna PPAT | |
 | Pendaftaran Keahlian,Pelajar-pelajar daripada Sek . Men. Keb. Panji Alam Kuala Terengganu tidak melepaskan peluang mendaftar menjadi ahli Perpustakaan Awam Negeri Terengganu melalui Mobile Registration yang mana pihak perpustakaan membuka kaunter pendaftaran keahlian di Sekolah tersebut pada 16 Jun 2009.
| |
| YB Ahmad Razif Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Sumber Manusia ,Merasmikan Sudut Pak Belang dan Pelancaran Sistem VIRTUA di Kemaman, Pada 25 Mei 2009 di Perpustakaan Daerah Kemaman , Sambil diperhatian oleh En Farid Bin Jaafar Pengurus Hal Ehwal Awam Subsidiary ExxonMobil di Malaysia, Turut bersama dalam majlis itu Pengarah Perbadanan Pepustakaan Awam Terengganu
| |
 | Pelajar-pelajar daripada Sek Keb Gong Tok Nasek Dan Sek Keb Wakaf Mempelam tidak melepaskan peluang mendaftar menjadi ahli Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
Pada 18 dan 19 Mei 2009 , Pendaftaran dilakukan melalu Mobile Registration
| |
 | PANGKALAN DATA Mylib...Pelajar sekolah diperkenalkan penggunaan Pangkalan Data Mylib oleh Kakitangan Perpustakaan di Bilik Makmal Komputer , kursus tersebut dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu pada 6 Mei 2009 | |
 | PENDAFTARAN KEAHLIAN..para pelajar SMK Padang Midin Kuala Terengganu tidak melepaskan peluang mendaftar menjadi ahli Perpustakaan di Kaunter Pendaftaran Bergerak keahlian Perpustakaan Awam Terengganu yang berkunjung ke Sekolah tersebut pada 5 Mei 2009. | |
 | Perpustakaan Awam Terengganu telah membuka kaunter Pendaftaran keahlian Perpustakaan di Wisma Darul Iman sempena Mesyuarat agong PUSPANITA Negeri yang telah diadakan pada 16 April 2009 | |
 | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu turut menyertai Pesta Buku Terengganu 2009 baru-baru ini yang berlangsung pada 23 - 29 Mac 2009 bertempat di Pusat Dagangan Terengganu Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu turut mengadakan perkhidmatan pendaftaran ahli secara atas talian
|
| |
 | YB Ahmad Razif Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Sumber , turut melawat ke booth PPAT 5
| |
 | Taklimat teknik bercerita oleh pihak PPAT telah diadakan di Dewan Pusat Komuniti Pulau Bahagia, Manir sempena Program Kecemerlangan dan Jati Diri Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Machang Kelantan pada 13 Mac '09 (Jumaat). | |
 | Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dengan kerjasama pihak Uitm telah mengadakan Program Selangkah ke Uitm pada 14 - 15 Mac '09 di Lobi PANT | |
| Perpustakaan Awam Negeri Terengganu tidak ketinggalan menyertai perarakan Sempena Sambutan Maulidulr Rasul SAW peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 9 Mac 2009 | |
 | Para pemenang Pertandingan Bercerita Kisah Rasulullah S.A.W. dan Para Sahabat Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Negeri Terengganu 1430H/2009M .Pertandingan tersebut telah diadakan pada 1 Mac 2009 di Dewan Teater Perpustakaan Awam Negeri Terengganu | |
| Majlis Perasmian Sudut siber kanak kanak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Sumbangan EXonMobil , Disempurnakan oleh Y.B Encik Ahmad Razif Bin Abdul Rahman Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran ,Pengajian Tinggi,Sains & Teknologi Dan Sumber Manusia Negeri Terengganu Merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Pada 10 Feb 2009 Jam 10.00 Pagi bertempat di Dewan Teater Perpustakaan Awam Negeri Terengganu | |
| Tahniah... Puan Zaimah bt. Teh menerima cenderamata daripada Puan Pengarah PANT kerana terpilih sebagai kakitangan Cemerlang bagi sukutahun keempat Okt. - Dis. 2008.Beliau adalah kakitangan dari Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat ,telah berkhidmat dengan Perpustakaan hampir 26 tahun. | |

| Para Graduan dari USA yang telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Awam Terengganu. bagi program English Teaching Assistants (ETA'S) pada 18 Januari 2009 . Para Graduan ini telah diberi taklimat oleh Puan Pengarah PPAT sebelum dibawa melawat ke semua Perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu | |
 | Perpustakaan Awam Terengganu turut menyertai Program CitraSihat anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan pada 9 dan 10 Januari 2009 bertempat di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu ,diprogram tersebut Kaunter Pendaftaran Keahlian telah dibuka dan telah menarik ramai pengunjung mendaftar menjadi ahli. | |
 | Majlis Perjumpaan dan juga Taklimat Awal Tahun 2009 Warga Perpustakaan bersama Pengarah telah diadakan pada 1 Januari 2009 bertempat di Dewan Teater PANT.
| |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |