top
logo


Pusat Bahasa Terengganu
Home PDF Print E-mail
Written by Library   
Sunday, 26 July 2009 00:00
PROGRAM MUET INTENSIF
 
 
Program ini adalah salah satu program yang memberi pendedahan
dengan lebih mendalam lagi kepada para pelajar tentang aspek-aspek 
MUET.
 
Program ini merangkumi keseluruhan silibus dari Malaysian
Exeminations Counsil (MEC). Ini memberi peluang kepada
para pelajar menajamkan lagi kemahiran-kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis yang perlu ada pada seseorang 
pelajar untuk menduduki peperiksaan MUET.
 
 
 Sebahagian daripada peserta Program MUET
 
 
TEKUN... Salah seorang peserta Program MUET
 
 

Tenaga pengajar sedang memberi penerangan kepada para peserta program 
 
 
 
 
 
 
 
 
-------------------------------------------------------------------------
 
 
PROGRAM BAHASA INGGERIS PASCA-SPM 2009
 

 
Berminat untuk menyertai program ini, bolehlah mendaftar di PBT ataupun melalui e-borang.
--------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 

 
PROGRAM YANG AKAN DIADAKAN PADA BULAN OKTOBER - DISEMBER 2009

 

Program Bahasa Mandarin Komunikasi sesi ke 2 (tahap 1)
telah bermula pada 11 Okt.  - Dis. 2009

Program Bahasa Mandarin Komunikasi sesi ke 1 (tahap 2)
akan bermula pada bila-bila masa . Sesiapa yang berminat untuk menyertainya bolehlah mendaftar di Pusat Bahasa Terengganu.

Program English Communication Skills (ECS) sesi ke 6 (tahap 1)
telah bermula pada 11 Okt.  - Dis. 2009

Program Bahasa Inggeris Cuti Sekolah 2009 Untuk Pelajar tahun 1-3,tahun 4-6 pelajar ting. 1-2 dan pelajar ting.1-4                                                                                                                                                                    Program akan bermula pada 6 -17 Dis. 2009.                                                                                                                                                                         

Berminat untuk menyertai program ini, bolehlah mendaftar di PBT ataupun melalui e-borang.

 

                         

 

-------------------------------------------------------------------------

 
PENDAFTARAN BAGI PROGRAM BAHASA ANJURAN PBT
Pusat Bahasa Terengganu akan mengadakan Program Bahasa seperti Bahasa Arab Komunikasi,
Bahasa Arab Qurani, Bahasa Mandarin tahap 1 dan 2, Bahasa Perancis, ECS tahap 1 dan 2,
Bahasa Inggeris Cuti Sekolah 2009 bagi tahun 4-6 dan ting 1-4 dan PASCA SPM 2009.
 .
Program tersebut akan bermula pada awal bulan Oktober bagi semua Program Bahasa.
Untuk Program Bahasa Inggeris Cuti 2009 ianya akan bermula pada bulan Disember  2009 manakala untuk PASCA SPM 2009 akan bermula bulan Januari 2010.
Berminat untuk menyertai program ini, bolehlah mendaftar di PBT ataupun melalui e-borang.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pusat Bahasa Terengganu (PBT) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan
Maaf, zahir dan Batin kepada semua. Semoga Aidilfitri kali ini memberi erti yang bermakna untuk
kita semua. Berhati-hati Ketika Memandu di musim perayaan ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

 
credit foto to : artcipan 
Pusat Bahasa Terengganu Mengucapkan
Selamat Menyambut
Hari Kemerdekaan Yang Ke 52.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
::PENGUMUMAN::
Pusat Bahasa Terengganu (PBT) 19 Ogos 2009,
Pusat Bahasa Terengganu (PBT) akan menangguhkan Program Bahasa Inggeris Cuti Sekolah 2009. Program yang sebelum ini akan diadakan pada 23 - 27 Ogos 2009 terpaksa ditangguhkan akibat beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Program ini akan diadakan pada masa akan datang yang mana tarikhnya akan diumumkan kelak. Pihak PBT juga telah memaklumkan kepada semua peserta yang telah mendaftar berhubung perkara ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Pusat Bahasa Terengganu (PBT) 19 Julai 2009, Sempena cuti pertengahan sekolah  
pada bulan Ogos ini, PBT akan mengadakan Program Bahasa Inggeris Cuti Sekolah 2009.
Program ini akan diadakan pada 23 - 27 Ogos 2009 di Pusat Bahasa Terengganu,
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
.
Program ini terbuka kepada semua murid-murid Sekolah Rendah dan pelajar-pelajar Sekolah
Menengah di sekitar Terengganu. Tempoh pembelajaran program ini adalah selama 20 jam
iaitu selama satu minggu dimana waktu pembelajarannya bermula pada jam 8.30 pagi dan
berakhir pada jam 1.00 tengahari pada setiap hari.
.
Program selama satu minggu ini antara lainnya memberi pendedahan awal kepada murid-murid
tahap satu iaitu dari tahun 1 - 3 disamping memberikan keyakinan bertutur dalam Bahasa
Inggeris kepada para peserta program. PBT berharap dengan adanya program ini, para
peserta dapat memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dengan berkesan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pusat Bahasa Terengganu (PBT) 19 Julai 2009, PBT sedang mengadakan satu Program
ECS untuk kakitangan Lembaga Tabung Haji yang bermula dari 22 Jun hingga 5 Ogos 2009.
Seramai 20 orang kakitangan Lembaga Tabung Haji dari seluruh Negeri Terengganu
menyertai Program ECS ini.
.
Keadah pembelajaran menekankan aspek perbualan dari segi sebutan perkataan dengan
intonasi yang betul, selain daripada itu peserta ini juga diberi pendedahan cara-cara
penggunaan perkataan yang betul dalam menghasilkan sesuatu esei dan penulisan.
Program ini amat berguna kepada mereka yang bertugas dibarisan hadapan bagi sesebuah
organisasi/jabatan yang berurusan dengan orang ramai terutamanya dari segi penggunaan
Bahasa Inggeris.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Pusat Bahasa Terengganu (PBT) 12 Mei 2009, bertempat di Dewan serbaguna PPAT,
Majlis Perasmian Penutup Program Bahasa Inggeris Intensif PASCA-SPM 2009 sesi 2 telah
diadakan. Seramai 80 orang peserta menyertai program pada sesi kali ini .Pada majlis kali
ini, para peserta program telah membuat beberapa persembahan. Antara persembahannya
ialah Radio-TV-TLC Show, nyanyian, Talk Show, Poetry dan pelbagai lagi. Persembahan
ini dibuat adalah bertujuan untuk menyemai sikap yakin pada diri sendiri apabila beraksi
di hadapan khalayak ramai.

Majlis Perasmian Penutup Program Bahasa Inggeris Intensif PASCA-SPM 2009 sesi 2
telah  disempurnakan oleh Pengarah PPAT iaitu Pn Hjh. Nor Akmal Bt Abd Fatah.
Dalam ucapan beliau, beliau menyeru kepada para peserta agar memperkasakan
penguasaan Bahasa Inggeris agar mampu bersaing dengan pelajar-pelajar lain semasa
berada di menara gading kelak. Di akhir majlis tersebut, Pn Pengarah berbesar hati
mengurniakan sijil penyertaan kepada para peserta program.
Last Updated ( Wednesday, 10 March 2010 16:19 )
 

Berita Terkini

Program Bahasa Mandarin Komunikasi sesi ke 2 (tahap 1)
telah bermula pada 11 Okt.  - Dis. 2009

Program Bahasa Mandarin Komunikasi sesi ke 1 (tahap 2)
akan bermula pada bila-bila masa . Sesiapa yang berminat untuk menyertainya bolehlah mendaftar di Pusat Bahasa Terengganu.

 

Program English Communication Skills (ECS) sesi ke 6 (tahap 1)
telah bermula pada 11 Okt.  - Dis. 2009

 

Program Bahasa Inggeris Cuti Sekolah 2009 Untuk Pelajar tahun 4-6 dan pelajar ting. 1-4. Program ini akan berlangsung sebanyak dua (2) sesi.                                                                                                                                                                             Untuk sesi pertama ianya akan bermula pada 1- 12 Dis. 2009                                                                          Untuk sesi kedua ianya akan bermula padan13-24 Dis. 2009

 

Program-Program Bahasa anjuran PUSAT BAHASA TERENGGANU bagi tahun 2009, penyertaan dibuka kepada mereka yang berminat menyertainya dengan mengisi borang di PUSAT BAHASA TERENGGANU.

Borang juga boleh dimuat turun di e-borang

Penyertaan dibuka sepanjang tahun.

Tel : 09-6225452   Fax: 09-6227239

Read more text


bottom

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Notis HakCipta

PENAFIAN : Pusat Bahasa Terengganu (BPT) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

PBT Best Viewed (Mozilla 3 + Ie 7 : 1024 x 768) © 2008. All rights reserved
Tarikh kemaskini 1 April 2009 Jam 08:10AM

Pusat Bahasa Terengganu,Bangunan Perpustakaan Negeri, Jalan Kemajuan Padang Hiliran 21572 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Tel : 609-622 5452 Fax : 609-622 7239