PROGRAM BAHASA INGGERIS CUTI SEKOLAH 'English Enhancement Programme' 
Sempena cuti sekolah yang akan bermula tidak lama lagi, Pusat Bahasa Terengganu sekali lagi akan menganjurkan Program Bahasa Inggeris Cuti Sekolah 'English Enhancement Programme'. Program ini akan bermula pada 13hb-17hb Jun 2010. Program kali ini merupakan program yang istimewa kerana Pusat Bahasa Terengganu akan mengadakannya di tiga buah Daerah di Negeri Terengganu. Ini merupakan julung-julung kalinya program seperti ini diadakan. Antara tempat-tempat di mana program ini akan dijalankan ialah Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu, Perpustakaan Awam Daerah Marang dan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengayaan tentang Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar melalui cara pembelajaran dengan mendengar, menulis, membaca, berkomunikasi dengan sebutan yang betul serta faham dalam kaedah penggunaan tatabahasa dan perbendaharaan kata. Kepada sesiapa yang berminat anda bolehlah mendaftar terus di tempat-tempat yang berkaitan atau menghubungi alamat dan talian di bawah: PUSAT BAHASA TERENGGANU Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu 09-6225452 Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu 09-6811789 Perpustakaan Awam Daerah Marang 09-6182469
--------------------------------------------------------------------------------------------------- PROGRAM BAHASA ANJURAN PBT PBT telah mengadakan program pembelajaran pelbagai bahasa seperti English Communication Skills (ECS), Bahasa Mandarin, Bahasa Arab Komuniksai & Qurani bertempat di PBT, PPAT. Program ini diadakan 2 kali seminggu di sebelah malam dan disertai seramai 30 org bagi satu program. Program ECS telah diadakan pada 7 Mac 2010 yang lalu manakala Program Bahasa Mandarin, Bahasa Arab Komuniksai & Qurani bermula pada 27 Mac 2010. Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada orang awam tentang pembelajaran bahasa asing selain bahasa ibunda. Penyertaan terbuka kepada mereka yang berminat. Matlumat lanjut sila layari www.trglib.gov.my/tlc atau hubungi talian Pusat Bahasa Terengganu.  
Suasana dalam kelas pembelajaran ECS dan penggunaan peralatan yang terkini oleh para pensyarah 
Pembelajaran secara berkumpulan memberi keyakinan kepada para peserta program 
Peserta-peserta Program Bahasa Mandarin menunjukkan minat terhadap program ini 
Program Bahasa Arab juga menarik minat golongan pelbagai lapisan usia.
-----------------------------------------------------------------------------------
PROGRAM MUET INTENSIF Program ini adalah salah satu program yang memberi pendedahan dengan lebih mendalam lagi kepada para pelajar tentang aspek-aspek MUET. Program ini merangkumi keseluruhan silibus dari Malaysian Exeminations Counsil (MEC). Ini memberi peluang kepada para pelajar menajamkan lagi kemahiran-kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang perlu ada pada seseorang pelajar untuk menduduki peperiksaan MUET. Sebahagian daripada peserta Program MUET TEKUN... Salah seorang peserta Program MUET Tenaga pengajar sedang memberi penerangan kepada para peserta program
-------------------------------------------------------------------------
PROGRAM BAHASA INGGERIS PASCA-SPM 2009 Berminat untuk menyertai program ini, bolehlah mendaftar di PBT ataupun melalui e-borang. -------------------------------------------------------------------------- PROGRAM YANG AKAN DIADAKAN PADA BULAN OKTOBER - DISEMBER 2009 Program Bahasa Mandarin Komunikasi sesi ke 2 (tahap 1) telah bermula pada 11 Okt. - Dis. 2009 Program Bahasa Mandarin Komunikasi sesi ke 1 (tahap 2) akan bermula pada bila-bila masa . Sesiapa yang berminat untuk menyertainya bolehlah mendaftar di Pusat Bahasa Terengganu. Program English Communication Skills (ECS) sesi ke 6 (tahap 1) telah bermula pada 11 Okt. - Dis. 2009 Program Bahasa Inggeris Cuti Sekolah 2009 Untuk Pelajar tahun 1-3,tahun 4-6 pelajar ting. 1-2 dan pelajar ting.1-4 Program akan bermula pada 6 -17 Dis. 2009. Berminat untuk menyertai program ini, bolehlah mendaftar di PBT ataupun melalui e-borang. ------------------------------------------------------------------------- PENDAFTARAN BAGI PROGRAM BAHASA ANJURAN PBT Pusat Bahasa Terengganu akan mengadakan Program Bahasa seperti Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Arab Qurani, Bahasa Mandarin tahap 1 dan 2, Bahasa Perancis, ECS tahap 1 dan 2, Bahasa Inggeris Cuti Sekolah 2009 bagi tahun 4-6 dan ting 1-4 dan PASCA SPM 2009. . Program tersebut akan bermula pada awal bulan Oktober bagi semua Program Bahasa. Untuk Program Bahasa Inggeris Cuti 2009 ianya akan bermula pada bulan Disember 2009 manakala untuk PASCA SPM 2009 akan bermula bulan Januari 2010. Berminat untuk menyertai program ini, bolehlah mendaftar di PBT ataupun melalui e-borang. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Pusat Bahasa Terengganu (PBT) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf, zahir dan Batin kepada semua. Semoga Aidilfitri kali ini memberi erti yang bermakna untuk kita semua. Berhati-hati Ketika Memandu di musim perayaan ini. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
credit foto to : artcipan Pusat Bahasa Terengganu Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 52. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ::PENGUMUMAN:: Pusat Bahasa Terengganu (PBT) 19 Ogos 2009, Pusat Bahasa Terengganu (PBT) akan menangguhkan Program Bahasa Inggeris Cuti Sekolah 2009. Program yang sebelum ini akan diadakan pada 23 - 27 Ogos 2009 terpaksa ditangguhkan akibat beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Program ini akan diadakan pada masa akan datang yang mana tarikhnya akan diumumkan kelak. Pihak PBT juga telah memaklumkan kepada semua peserta yang telah mendaftar berhubung perkara ini. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Pusat Bahasa Terengganu (PBT) 19 Julai 2009, Sempena cuti pertengahan sekolah pada bulan Ogos ini, PBT akan mengadakan Program Bahasa Inggeris Cuti Sekolah 2009. Program ini akan diadakan pada 23 - 27 Ogos 2009 di Pusat Bahasa Terengganu, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. . Program ini terbuka kepada semua murid-murid Sekolah Rendah dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah di sekitar Terengganu. Tempoh pembelajaran program ini adalah selama 20 jam iaitu selama satu minggu dimana waktu pembelajarannya bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari pada setiap hari. . Program selama satu minggu ini antara lainnya memberi pendedahan awal kepada murid-murid tahap satu iaitu dari tahun 1 - 3 disamping memberikan keyakinan bertutur dalam Bahasa Inggeris kepada para peserta program. PBT berharap dengan adanya program ini, para peserta dapat memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dengan berkesan. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Pusat Bahasa Terengganu (PBT) 19 Julai 2009, PBT sedang mengadakan satu Program ECS untuk kakitangan Lembaga Tabung Haji yang bermula dari 22 Jun hingga 5 Ogos 2009. Seramai 20 orang kakitangan Lembaga Tabung Haji dari seluruh Negeri Terengganu menyertai Program ECS ini. . Keadah pembelajaran menekankan aspek perbualan dari segi sebutan perkataan dengan intonasi yang betul, selain daripada itu peserta ini juga diberi pendedahan cara-cara penggunaan perkataan yang betul dalam menghasilkan sesuatu esei dan penulisan. Program ini amat berguna kepada mereka yang bertugas dibarisan hadapan bagi sesebuah organisasi/jabatan yang berurusan dengan orang ramai terutamanya dari segi penggunaan Bahasa Inggeris. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Pusat Bahasa Terengganu (PBT) 12 Mei 2009, bertempat di Dewan serbaguna PPAT, Majlis Perasmian Penutup Program Bahasa Inggeris Intensif PASCA-SPM 2009 sesi 2 telah diadakan. Seramai 80 orang peserta menyertai program pada sesi kali ini .Pada majlis kali ini, para peserta program telah membuat beberapa persembahan. Antara persembahannya ialah Radio-TV-TLC Show, nyanyian, Talk Show, Poetry dan pelbagai lagi. Persembahan ini dibuat adalah bertujuan untuk menyemai sikap yakin pada diri sendiri apabila beraksi di hadapan khalayak ramai.
Majlis Perasmian Penutup Program Bahasa Inggeris Intensif PASCA-SPM 2009 sesi 2 telah disempurnakan oleh Pengarah PPAT iaitu Pn Hjh. Nor Akmal Bt Abd Fatah. Dalam ucapan beliau, beliau menyeru kepada para peserta agar memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris agar mampu bersaing dengan pelajar-pelajar lain semasa berada di menara gading kelak. Di akhir majlis tersebut, Pn Pengarah berbesar hati mengurniakan sijil penyertaan kepada para peserta program.
|