• Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Facebook PPAT RSS PPAT Wiki-PPAT
  • default color
  • blue color
  • red color
  • green color
iiiii

MAKLUMAT TERKINI

Hilang & Jumpa

Terdapat beberapa barangan tercicir telah
dijumpai di PPAT. Untuk maklumat lanjut
bolehlah menghubungi Pn.Rohayah Yahya
di talian 09-6221100.

 

 

 

Waktu Perkhidmatan

SABTU :  8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

AHAD - RABU : 9.00 PAGI HINGGA 5.30 PTG.

KHAMIS : 9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG.

JUMAAT DAN KELEPASAN AM: TUTUP

Kadar Sewa Dewan & Bilik Seminar

Anda boleh memuat turun Flyer kadar sewa

dewan melalui pautan ini.

Bahagian Kanak-kanak

Pinjaman Kanak-kanak

Perkhidmatan Pinjaman Kanak Kanak

Perkhidmatan ini dikhaskan untuk pengguna kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Terdapat 2 koleksi pinjaman kanak-kanak iaitu :

 

  • Koleksi Pra Sekolah

Terdiri daripada buku untuk bacaan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Koleksi awalan bagi buku-buku ini adalah ‘P’ dan boleh dipinjam.

 

  • Koleksi kanak-kanak

Terdiri daripada buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen dalam pelbagai bidang. Koleksi awalan bagi buku-buku ini adalah ‘K’ dan boleh dipinjam.

 

Peraturan Pinjaman:

  • Kanak-kanak perlu mendaftar sebagai ahli dan mempunyai kad ILMU.
  • Pastikan buku yang hendak dipinjam dalam keadaan baik.
  • Buku yang dipinjam hendaklah melalui proses pinjaman yang sah di kaunter Sirkulasi atau melalui Sistem Pinjaman /Pemulangan layan diri
  • (SelfCheck Machine).
  • Setiap ahli boleh meminjam sebanyak 4 naskhah buku untuk tempoh 28 hari.
  • Tempoh pinjaman boleh diperbaharui satu kali sahaja selama 28 hari lagi.
  • Setiap ahli perlu bertanggungjawab ke atas buku yang dipinjam
  • Buku-buku yang telah dipinjam hendaklah di pulangkan ke Kaunter Sirkulasi atau melalui Sistem Pinjaman / Pemulangan layan diri
  • (SelfCheck Machine) pada atau sebelum tarikh yang telah ditetapkan
  • Buku-buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda sejumlah RM0.10 sehari bagi setiap hari perpustakaan dibuka.
  • Buku-buku pinjaman yang hilang atau rosak akan dikenakan bayaran ganti rugi.

 

Rujukan Kanak-kanak

Perkhidmatan Rujukan Kanak- Kanak

  • Koleksi ini meliputi semua bidang perkara dan sesuai untuk pengetahuan kanak-kanak.
  • Antara koleksinya ialah buku rujukan UPSR, kamus dan ensiklopedia.
  • Koleksi awalannya adalah ‘RK’ dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan sahaja.

 


Koleksi Majalah

Koleksi Majalah

  • Menyediakan majalah tempatan dan akhbar pendidikan.
  • Antara majalah yang disediakan adalah  Asuh, Kuntum, Anis, Dewan Pelajar, Kawan, e-baca, knowledge dan lain-lain.
  • Majalah ini hanya untuk rujukan sahaja.

 

Koleksi Permainan Dalaman


Koleksi Permainan Dalaman ( Indoor Games )

  • Menyediakan pelbagai permainan yang boleh membentuk kreativiti minda.
  • Antara permainan yang disediakan ialah catur, sahibba, dam haji, congkak, monopoli, saidina dan lain-lain.
  • Setiap pengguna yang ingin meminjam permainan ini, bolehlah memintanya daripada petugas di kaunter kanak-kanak.

 

Sudut Siber

Children Cyber Corner (3C)

  • Perkhidmatan ini menyediakan perkhidmatan Internet dan ‘Course Ware’ berbentuk pendidikan dan pembelanjaran secara interaktif,
  • Perkhidmatan Intenet di Children Cyber Corner  (3C) adalah percuma dan disediakan untuk ahli perpustakaan sahaja
  • Setiap Pengguna diberikan hanya satu jam setiap seorang untuk menggunakan komputer
  • Selain itu, terdapat beberapa ‘course ware’ di perkhidmatan ini, antaranya:

- Cerita pendidikan moral kanak-kanak
- Kiddie songs Do Re Mi
- Kisah Gajah
- ABC, colour  and shape

Bilik Aktiviti

Bilik Aktiviti Kanak-Kanak

  • Mengadakan aktiviti untuk kanak-kanak berusia antara 5-12 tahun pada setiap hari Sabtu.
  • Aktiviti  adalah seperti kuiz, sesi mewarna, uji minda, bercerita, pertunjukan boneka, tayangan video, sudut sastera dan sebagainya.
  • Kalendar Aktiviti Kanak-Kanak diedarkan di Kaunter Pendaftaran dan Kaunter Sirkulasi dari masa ke semasa.

Anda Di Perkhidmatan Bahagian Kanak-kanak