• Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Facebook PPAT RSS PPAT Wiki-PPAT
  • default color
  • blue color
  • red color
  • green color
iiiii

MAKLUMAT TERKINI

Hilang & Jumpa

Terdapat beberapa barangan tercicir telah
dijumpai di PPAT. Untuk maklumat lanjut
bolehlah menghubungi Pn.Rohayah Yahya
di talian 09-6221100.

Waktu Perkhidmatan

SABTU :  8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

AHAD - RABU : 9.00 PAGI HINGGA 5.30 PTG.

KHAMIS : 9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG.

JUMAAT DAN KELEPASAN AM: TUTUP

Kadar Sewa Dewan & Bilik Seminar

Anda boleh memuat turun Flyer kadar sewa

dewan melalui pautan ini.

Pendaftaran Ahli

Perpustakaan Negeri (Pusat)

Perpustakaan Negeri ( Pusat )

  • Menyediakan perkhidmatan pendaftaran keahlian yang terbuka kepada semua peringkat umur yang bermastautin di Negeri Terengganu.
  • Kad Ahli dikenali sebagai kad ILMU.
  • Pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Pendaftaran / Kaunter Utama yang terletak di aras bawah.
  • Pendaftaran ahli dibahagi kepada 2 kategori iaitu kanak-kanak (3 – 12 tahun) dan dewasa (13 tahun ke atas).

Syarat dan peraturan menjadi ahli
  • Mengisi Borang Pendaftaran Keahlian. Maklumat yang ditulis hendaklah tepat dan jelas.
  • Bayaran kos pemprosesan sebanyak RM2.00 bagi setiap pemohon.
  • Permohonan yang diproses akan siap SEGERA.
  • Pastikan semua butiran yang tercatat pada kad ILMU adalah betul sewaktu menerima kad tersebut
  • Jangka tempoh kad ahli selama 3 tahun. Ianya perlu diperbaharui setelah tamat tempoh tanpa bayaran sekiranya penukaran kad tidak berlaku.
  • Permohonan untuk kad ILMU yang hilang/rosak akan dikenakan bayaran RM3.00
  • Sebarang pertukaran alamat hendaklah dimaklumkan kepada pihak perpustakaan dengan kadar segera
  • Kad ILMU tidak boleh dipindah milik

Perpustakaan Daerah

Perpustakaan Cawangan / Pekan / Desa / Bergerak

  • Pendaftaran terbuka kepada semua peringkat umur yang bermastautin di Negeri Terengganu.
  • Pendaftaran boleh dilakukan di Kaunter Pendaftaran Ahli bagi Perpustakaan Cawangan, Pekan dan Desa. Bagi Perpustakaan Bergerak, ianya boleh dibuat di Kaunter Pinjaman di dalam bas atau datang sendiri ke Bahagian Pembangunan Dan Perkhidmatan Luar Bandar ( Perpustakaan Pusat) untuk pendaftaran ahli dalam kuantiti yang banyak.
  • Keahlian adalah PERCUMA.
  • Kad Permohonan hendaklah diisi sekali sahaja.
  • Apabila Kad Permohonan anda siap diproses, anda akan diberi 2 keping Kad Pembaca.
  • Bagi Kad Pembaca yang hilang, anda hendaklah mengisi borang gantian kad dan dikenakan bayaran sebanyak RM 1.00 bagi setiap keping kad yang baru.
  • Kad Pembaca yang telah tamat tempoh hendaklah diperbaharui.
  • Kad Pembaca tidak boleh dipindah milik.
  • Segala pertukaran alamat perlu diberitahu kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dengan segera.

Untuk menjadi ahli, anda cuma perlu :-

Untuk Dewasa

  • Mengisi butir-butir peribadi didalam Kad Permohonan menjadi ahli.

Untuk Kanak-Kanak/Belia

  • Mengisi butir-butir peribadi di dalam Kad Permohonan menjadi ahli dan mendapat cop pengesahan dari pihak sekolah.

Perpustakaan Pekan

Anda Di Perkhidmatan Pendaftaran Ahli