Pengenalan
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Koleksi (BPPK) terdiri daripada dua unit iaitu Unit Perolehan Koleksi dan Unit Pendokumentasian dan Teknikal
Unit Perolehan terlibat dalam pengurusan memperoleh bahan yang sesuai bagi dimasukkan ke dalam koleksi perpustakaan untuk memenuhi keperluan maklumat pengguna.
- Unit Pendokumentasian dan Teknikal
Unit ini bertanggungjawab memproses, mengkatalog dan mengkelas bahan, mengurus dan menyusun bahan maklumat dengan sistematik bagi memudahkan penyimpanan dan capaian kepada bahan tersebut.
Visi
- Menerajui pembangunan dan pengurusan koleksi yang berkualiti dan relevan kearah pencapaian wawasan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
Misi
- Mengesan, memilih dan memperolehi bahan bacaan yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.
- Menjalin hubungan kerjasama dengan perpustakaan awam, akademik dan tokoh-tokoh akademik untuk mendapatkan bahan baru bagi mengukuhkan koleksi sedia ada.
- Menguruskan sistem pencarian koleksi yang efektif bagi memudahkan pengguna mengakses bahan perpustakaan dengan cepat dan berkesan.
Objektif
- Membangun dan mengurus koleksi perpustakaan yang pelbagai, berkualiti dan relevan bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.
- Menyediakan sistem pencarian koleksi yang mesra pengguna bagi mengakses bahan perpustakaan dengan cepat dan berkesan.
Fungsi Unit Perolehan Koleksi
- Memperolehi satu koleksi bahan perpustakaan yang lengkap dalam pelbagai bentuk selaras dengan keperluan pengguna.
- Mengurus perolehan bahan, koleksi perpustakaan sama ada melalui pembelian atau sumbangan berdasarkan polisi perolehan kerajaan.
- Mengurus bahan hadiah dan pertukaran.
- Mengurus penyelenggaraan bahan perpustakaan untuk memastikan koleksi berkualiti dan relevan.
- Bertanggungjawab membuat pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi perpustakaan bagi menjamin koleksi kemas dan menarik.
Fungsi Unit Pendokumentasian dan Teknikal
- Mengkatalog dan mengkelas bahan perpustakaan mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC).
- Mengurus proses teknik bahan perpustakaan.
- Agihan dan penghantaran bahan mengikut rangkaian perpustakaan iaitu Perpustakaan Pusat, Daerah, Pekan, Desa dan Bergerak.
- Mengemaskini Katalog Dalam Talian (OPAC) secara berterusan.