
Satu Majlis Khatam Al-Quran bersempena bulan Ramadhan telah diadakan pada 14 Ogos 2012 bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang. Majlis tersebut adalah merupakan anjuran kerjasama antara Sekolah Kebangsaan Marang dan Perpustakaan Awam Daerah Marang. Seramai 590 orang murid tahun 1 hingga tahun 6 sekolah tersebut telah terlibat dalam majlis tersebut.



















