
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan satu program ceramah Ihya’ Ramadhan bersempena dengan pengisian ilmu dibulan Ramadhan al-Mubarak pada 30 Julai 2012. Peserta program terdiri dari kakitangan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seramai 100 orang, termasuk semua warga perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu. Beberapa aktiviti telah diadakan bersempena program tersebut iaitu ceramah agama, pameran Ihya’ Ramadhan dan pendaftaran ahli perpustakaan. Seramai 43 orang peserta telah mendaftar menjadi ahli Perpustakaan. Penceramah program ialah Ustaz Mohd Ezri bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan Kafa Yayasan Islam Terengganu.




















