• Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Facebook PPAT RSS PPAT Wiki-PPAT
  • default color
  • blue color
  • red color
  • green color
iiiii

MAKLUMAT TERKINI

Hilang & Jumpa

Terdapat beberapa barangan tercicir telah
dijumpai di PPAT. Untuk maklumat lanjut
bolehlah menghubungi Pn.Rohayah Yahya
di talian 09-6221100.

 

 

 

Waktu Perkhidmatan

SABTU :  8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

AHAD - RABU : 9.00 PAGI HINGGA 5.30 PTG.

KHAMIS : 9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG.

JUMAAT DAN KELEPASAN AM: TUTUP

Kadar Sewa Dewan & Bilik Seminar

Anda boleh memuat turun Flyer kadar sewa

dewan melalui pautan ini.

Kata-kata Aluan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatnya, dapat saya mencatat sepatah dua kata di dalam Laman Web Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT). Diharap laman web ini dapat memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada masyarakat untuk mengetahui dan mengenali PPAT ,secara lebih dekat lagi.

Adalah diharapkan ianya dapat memberi pengalaman dan peluang kepada masyarakat untuk sama-sama memaksimumkan penggunaan Teknologi Maklumat bagi mendapatkan pengetahuan dan maklumat.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua para pelanggan kami yang telah menggunakan perkhidmatan kami dan akan berusaha mempertingkatkan lagi perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

Akhir kata, sekali lagi saya memohon kepada Ilahi agar maklumat yang disediakan dalam laman web ini berhubung dengan perkhidmatan, perkembangan dan sebagainya dapat memberi manfaat yang baik kepada kita semua.

Sekian ,Wassalam.

"MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN"

NOR AKMAL BT. ABDUL FATAH
SMT.,PJC.,PJK,.
BLB

Anda Di Info Korporat