
Dalam usaha untuk menjadikan pembacaan sebagai amalan harian terutama golongan belia, Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengambil pendekatan dengan mengadakan promosi pendaftaran Keahlian Secara Bergerak (Mobile Registration). Diantaranya ialah mengunjungi Akademi Jarum Berlian, Kemaman pada 13 Februari 2012. Seramai 25 orang pelajar akademi ini telah mendaftar sebagai ahli
perpustakaan pada tarikh tersebut.



















