
Aktiviti memasak bubur lambuk telah diadakan di Perkarangan Perpustakaan Awam Daerah Setiu pada 18 Ogos 2011 bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak 1432H. Program tersebut bermula pada pukul 10.00 pagi - 1.00 tengah hari dan turut menjemput Perpustakaan Desa PPAT dan Perpustakaan Desa PNM untuk bersama-sama bergotong-royong serta merapatkan lagi hubungan diantara Perpustakaan Daerah dan Perpustakaan Desa di Daerah Setiu.


















