
Tanggungjawab
- Mengemaskini kandungan maklumat di dalam laman sesawang PPAT.
- Mengumpul bahan dan mencadangkan idea-idea baru untuk menjadikan laman sesawang PPAT sebuah laman sesawang yang bermaklumat, dinamik dan terkini.
- Membuat penambahbaikan berterusan terhadap reka bentuk laman sesawang PPAT.







Tanggungjawab
- Mengurus semua aset alih Perbadanan di bawah kawalannya meliputi:-
- Penerimaan;
- Pendaftaran;
- Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan;
- Penyelenggaraan;
- Pelupusan; dan
- Kehilangan dan Hapuskira.
- Menguruskan perlantikan Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa dan Jawatankuasa Penyiasat.
- Menjadi urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Perbadanan.
- Menguruskan pelupusan aset alih Kerajaan
- Menguruskan kehilangan dan hapus kira.
- Menyelaras penyediaan Laporan berikut:
- Harta Modal dan Inventori;
- Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori;
- Pelupusan Aset Alih Kerajaan; dan
- Tindakan Surcaj/Tatatertib.

Tanggungjawab
- Membuat rakaman gambar dan video untuk semua aktiviti/program Perbadanan sama ada rasmi atau tidak rasmi.
- Menghantar gambar aktiviti/program Perbadanan kepada Unit Perancangan dan Pembangunan untuk kerja-kerja penerbitan.
- Menyunting rakaman video untuk simpanan Perbadanan.
- Menghantar gambar aktiviti/program kepada Unit Teknologi Maklumat untuk dimasukkan ke dalam laman sesawang PPAT.
- Memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik, selamat dan terkawal.
- Mematuhi Tatacara Pengurusan Aset dalam mengendalikan peralatan.

Tanggungjawab
- Menyelenggara peralatan-peralatan teknikal seperti penghawa dingin, peralatan elektrik, lif dan lain-lain.
- Menyelenggara kemudahan-kemudahan di dalam Dewan Serbaguna, Dewan Teater dan Bilik Seminar.
- Mengambil tindakan ke atas keperluan/aduan pengguna mengenai dewan/bilik yang disewakan.
- Memastikan bangunan Perpustakaan Awam Negeri dan kawasan sekitarnya dalam keadaan bersih dan selesa.
- Membuat laporan dan penilaian prestasi bagi kontraktor keselamatan, pencucian dan seni taman.

Tanggungjawab
- Menjalankan aktiviti pemantauan di semua perpustakaan desa dalam Negeri Terengganu berdasarkan skop pemantauan yang telah ditetapkan iaitu (rujuk Lampiran) :-
- Pengurusan
- Bangunan
- Perabot / Peralatan (Aset)
- Koleksi
- Kebersihan (Luaran dan Dalaman)
- Keceriaan
- Kekemasan
- Disiplin
- Mengadakan lawatan sekurang-kurangnya tujuh (7) buah perpustakaan desa di seluruh negeri pada setiap suku tahun.
- Menyediakan laporan pemantauan kepada pengurusan PPAT pada setiap suku tahun dan dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan.
- Mencadangkan penambahbaikan kepada pengurusan PPAT dalam menguruskan perpustakaan desa.