• Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Facebook PPAT RSS PPAT Wiki-PPAT
  • default color
  • blue color
  • red color
  • green color
iiiii

MAKLUMAT TERKINI

Hilang & Jumpa

Terdapat beberapa barangan tercicir telah
dijumpai di PPAT. Untuk maklumat lanjut
bolehlah menghubungi Pn.Rohayah Yahya
di talian 09-6221100.

 

 

 

Waktu Perkhidmatan

SABTU :  8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

AHAD - RABU : 9.00 PAGI HINGGA 5.30 PTG.

KHAMIS : 9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG.

JUMAAT DAN KELEPASAN AM: TUTUP

Kadar Sewa Dewan & Bilik Seminar

Anda boleh memuat turun Flyer kadar sewa

dewan melalui pautan ini.

Kuih & Masakan

Nasi Dagang

Nasi Dagang

Image

Bahan :

2 cupak beras siam
11/2 tin susu  besar beras pulut
1/2 biji kelapa
12 ulas bawang merah dihiris nipis

1 inci halia
1 sudu halba
sedikit garam dan gula

 

Cara Membuat:

Beras dibersihkan dan rendam selama 6 jam.
Kelapa di parut dan diambil pati sebanyak 6 gelas, masukkan garam dan gula secukup rasa.

Halia bawang merah dan halba dicampur dan direndam selama sejam.
Beras dikukus sehingga masak. kemudian diangkat barulah diadun dengan air kelapa
supaya kelihatan berminyak.
Kukus sekali lagi  dan masukkan halba, bawang merah dan halba serta kukus sehingga masak.
Akhir sekali tuangkan pati santan dan kacau hingga sebati dan boleh dihidangkan.

Gulai Ikan Nasi Dagang

Bahan:

4 keping ikan tongkol
100 gram cili boh
5 ulas bawang merah
2 sudu rempah kurma
3 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sm. halia
2 keping asam keping
4 cawan santan kelapa
3 sm. lengkuah
2 biji buah keras

 

Cara membuat:

Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas. Masukkan cili dan bahan yang ditumbuk dalam periuk.Setelah itu masukkan  rempah kurma dan kacau hingga wangi.

Kemudian masukkan santan dan asam keping serta garam.Masak sehingga kuah menjadi pekat.

 

Tepung Pelita

Tepung Pelita

Image

Bahan A ( Lapisan Bawah ):

1 cawan santan
1 1/2 cawan tepung beras disatukan (kacau)
1/2 camca teh garam halus
Gula secukup rasa Bahan B ( Lapisan Atas ):1 cawan pati santan
1 cawan tepung beras disatukan (kacau)
1/2 camca teh garam halus

 

Cara-Cara:

Panaskan kukusan, bila naik wap masukkan adunan A di dalam acuan empat segi yang dibuat daripada daun pisang. Kukus separuh masak - masukkan satu sudu gula, kukus lagi sehingga separuh beku dan masukkan pula adunan B dan kukus sampai masak.

 

Jala Mas

Jala Mas

Image

Bahan-Bahannya:

20 biji telur itik ( kuning sahaja )
1 kilo gula pasir
1 sudu pewarna dan air secukupnya.

 

Cara-Caranya:

Masukkan kuning telur ke dalam kain dan perah.Masak air gula hingga mendidih. Masukkan kuning telur tadi ke dalam air gula. Buat berulang kali seperti urat rambut.   

 

Beronok Sagu

Beronok Sagu

Image

Bahan-Bahannya:

1/2 gelas sagu biji
3 gelas air
1 senduk besar gula
1/4 biji kelapa
sedikit garam dan pewarna merah

 

Cara membuatnya:

Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya. Kelapa dibuang kulit dan airnya,kemudian diparut dan gaulkan dengan sedikit garam.

Masakkan gula dengan air hingga hancur dan mendidih setelah itu masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang. Bila sagu kembang angkat dan sejutkan.

Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul garam.

 

Che Abas Demang (Demam)

Che Abas Demang (Demam)

 

Image

 

Bahan-Bahannya:

250 gm. sagu rumbia
1/2 biji kelapa - diambil santannya
4 ulas bawang merah - dihiris
5 cm. halia - dihiris
15 biji halba
6 ekor ikan selar kuning - dibakar dan diambil isinya
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
Nisan secukup rasa (gula kerek atau gula melaka)

 

Cara Menyediakan Sagu Kacau:

Kacau sagu dengan nisan yang sudah dicairkan dan tambahkan air sambil diadun sebati sehingga kelihatan lekat di senduk.Jerang atas api sambil dikacau tanpa henti hingga masak. Angkat dan tuangkan ke dalam loyang. Jerang atas api sambil dikacau tanpa henti hingga masak. Angkat dan tuangkan ke dalam loyang.

 

Cara Menyediakan Kuahnya:

Santan dicampur ikan dan halba, halia dan bawang. Masukkan sedikit gula garam serta serbuk perasa. Kacau atas api tetapi jangan sampai mendidih dan jangan sampai pecah minyak.Apabila sagu sudah sejuk, potong dadu agak besar sedikit, isikan ke dalam pinggan berisi kuah santan dan hidangkan.