• Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Facebook PPAT RSS PPAT Wiki-PPAT
  • default color
  • blue color
  • red color
  • green color
iiiii

MAKLUMAT TERKINI

Hilang & Jumpa

Terdapat beberapa barangan tercicir telah
dijumpai di PPAT. Untuk maklumat lanjut
bolehlah menghubungi Pn.Rohayah Yahya
di talian 09-6221100.

 

 

 

Waktu Perkhidmatan

SABTU :  8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

AHAD - RABU : 9.00 PAGI HINGGA 5.30 PTG.

KHAMIS : 9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG.

JUMAAT DAN KELEPASAN AM: TUTUP

Kadar Sewa Dewan & Bilik Seminar

Anda boleh memuat turun Flyer kadar sewa

dewan melalui pautan ini.

Tempat Perkelahan

Bukit Puteri

Hutan Lipur Sekayu Terengganu

Image

 

Hutan Lipur Sekayu adalah terletak di dalam kawasan Hutan Simpanan Hulu Terengganu Tambahan, daerah Hulu Terengganu, 16 km. dari pekan Kuala Berang dan 56 km. dari bandar Kuala Terengganu.Mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar.

Ianya mula dimajukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dalam tahun 1974 dan telah dibuka dengan resminya oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amar DiRaja, Menteri Besar Terengganu pada 15 Mei 1985.

Kawasan hutan ini kaya dengan pokok-pokok dari jenis Dipterocarp seperti Meranti dan Damar Hitam (Shorea Species), Keruing (Dipterocarpus species) dan lain-lain jenis bukan Dipterocarp.

Di antara infrastruktur dan kemudahan-kemudahan berekreasi yang telah disediakan seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah, jalan dalam hutan (jungle tracking), kebun buah-buahan, kolam ikan, tapak semaian, muzium pokok.

3 buah penginapan berupa chalet dilengkapi dengan peralatan perabot, bekalan api dan air terletak di tepi aliran air terjun dan dihias dengan keindahan alam sekeliling yang disulami oleh tempat istirehat dan kebun bunga yang diberi nama ' Sega ', ' Semambu ' dan ' Manau '.

Tiap-tiap satu disediakan 1 bilik tidur, tandas, dapur, bilik tetamu dan beranda.Bagi bilangan yang lebih ramai pula, terdapat 2 buah rumah rehat lengkap dengan alatan perabot yang mengandungi 3 bilik tidur, bilik tetamu, dapur, tandas, setor dan tempat letak kereta.

 

Disamping itu juga terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempesonakan, ianya merupakan tarikan utama pada pengunjung-pengunjung samada dari dalam ataupun luar negeri.

 

Pulau Redang

Pulau Redang

Image

Pulau Redang yang terletak di perairan Negeri Terengganu menjadi tumpuan penyelam-penyelam kerana mempunyai keindahan dalam dasar laut yang istimewa berbanding dengan tempat-tempat lain.

Di perairan Pulau Redang terdapat taburan terumbu karang diantara yang terluas di rantau ini. Terumbu-terumbu batu karang di sini dikatakan mempunyai sebanyak 346 spesis menjadikannya taman laut yang terindah di dunia.

Pulau Redang yang mempunyai penduduk seramai 1300 orang  terdiri daripada 200 keluarga. Pekerjaan  utama penduduk di sini ialah nelayan laut pantai dan dalam. Manakala generasi baru pulau itu kini lebih memberi tumpuan kepada industri pelancongan yang berkembang pesat di sini seperti mengusaha perkhidmatan bot pelancong, menjadi pemandu pelancong dan juga bekerja di chalet-chalet swasta.

 

Di Pulau Redang mempunyai sejumlah 9 buah pulau. Pulau Redang merupakan pulau yang terbesar berukuran 6 km lebar dan 7 km panjang, diikuti Pulau Pinang, Pulau Kerengga Kecil dan Pulau Ling. Pulau Redang terletak 45 km (24.2 batu nautikal) ke utara Kuala Terengganu, 22.5 km (12 batu nautikal) dari kampung Merang dan 26 km (14 batu nautikal) dari Pulau Perhentian. Penjalanan dengan menaiki bot memakan masa 3-4 jam dari Kuala Terengganu, 1-1.5 jam dari Merang dan 2-3jam dari Kuala Besut.


Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di pulau ini umpamanya menyelam, 'snorkeling', berenang, berkelah, berkhemah, merentas hutan dan menaiki bot mengeliling pulau-pulau berhampiran. Memancing dan mengutip kerang atau hidupan air adalah dilarang.Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Taman Laut Pulau Redang, pada tahun 1995 seramai 23,000 orang pelancong telah melawat pulau ini.

 

Tasik Kenyir

Tasek Kenyir

Image

Tasik kenyir merupakan empangan buatan manusia yang digunakan untuk menjana kuasa elektrik. Ia mempunyai kawasan takungan air seluas 38,000 hektar dan kawasan daratan seluas 171,199 hektar. Tasik Kenyir terletak di kawasan barat Daerah Hulu Terengganu iaitu 55 km. dari bandar Kuala Terengganu.

Kawasan Tasik Kenyir mempunyai 340 buah pulau kecil dan besar yang asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air. Keindahan ini lebih memukau dengan terdapatnya 14 air terjun di sekitar kawasan tasik yang sesuai untuk riadah keluarga, bermandi-manda dan berkelah di hujung minggu. Di antara air terjun yang popular ialah Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tambat dan Air Terjun Pertam.

Tasik Kenyir sangat popular bagi pencipta alam, para pemancing dan juga jurugambar. Berbagai spesis ikan air tawar yang mahal harganya banyak terdapat dalam tasik ini. Di antaranya seperti Toman, Sebarau, Kaloi, Kelah, Lampam, Kelisa dan Kalui. Kawasan memancing yang popular ialah seperti di sekitar Sungai Cacing, Sungai Terengganu, Sungai Tembat dan LebanTerengganu.

 

Para pengunjung tidak perlu khuatir tentang penginapan di sini. Kemudahan tempat penginapan seperti rumah bot, calet terapong dan resort banyak terdapat di sini.

 

 

Anda Di Koleksi Koleksi Terengganu Tempat Perkelahan