Maklumat Am Definisi Satu kumpulan bahan-bahan tulisan, lisan, lukisan, rakaman (pita, video & filem) dan gambar samada yang bercetak atau tidak bercetak, diterbit atau tidak diterbitkan mengenai Negeri Terengganu , diterbitkan di Terengganu, dan / atau ditulis oleh penulis-penulis Terengganu. Objektif Objektif utama pengumpulan Koleksi Terengganu adalah untuk membina suatu koleksi yang dapat menggambarkan warisan Negeri Terengganu Darul Iman yang perlu dipelihara serta disimpan untuk tujuan rujukan dan penyelidikan orang ramai pada masa sekarang dan masa akan datang. Bahan-bahan 1. Buku: 2. Risalah Dan Dokumen: 3. Penerbitan Bersiri: 4. Laporan Seminar: 5. Laporan Jabatan Kerajaan: 6. Laporan Badan-Badan Berkanun / Swasta: 7. Bahan-Bahan Arkib Dan Manuskrip: 8. Keratan Akhbar Dan Keratan Maklumat: 9. Tesis, Buku Catatan Harian Dan Kad Jemputan: 10. Peta, Atlas, Pelan Dan Carta: 11. Bahan-Bahan 'Audio Visual' ( Pandang Dengar ): 12. Karangan Muzik ( Music Scores ): Cara Memperolehi Bahan Bahan-bahan Koleksi Terengganu diperolehi melalui pembelian dan langganan. Bagi bahan-bahan yang tidak diterbitkan seperti tesis dan buku catatan, bahan-bahan ini didapati melalui sumbangan, pemberian ataupun hadiah daripada organisasi dan individu tertentu. Bahan-bahan dari Jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan swasta diterima secara berterusan dengan memasukkan Perbadanan ini dalam senarai kiriman agensi-agensi tersebut. Bahan-bahan juga diperolehi melalui keahlian sesebuah badan, persatuan atau organisasi. Proses dan Pinjaman Bahan-bahan yang diterima akan dikatalog dan dikelaskan. Seterusnya disimpan di rak khas di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Pengguna-pengguna boleh membuat pinjaman terhadap bahan-bahan tersebut untuk tempoh yang ditetapkan. Mereka boleh merujuk dengan mengisi borang permintaan di meja Penasihat Pembaca di Bahagian Perkhidmatan Khas, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Aktiviti-Aktiviti Definisi

Objektif

Bahan-bahan

Cara Memperolehi Bahan

Proses dan Pinjaman

Aktiviti

Maklumat Am
Jawatankuasa Koleksi Terengganu turut mengadakan pelbagai aktiviti untuk menambahkan lagi bahan-bahan. Kaedah merekod dan mencipta sendiri didapati melalui dokumentasi lisan. Dokumentasi lisan adalah merupakan satu teknik penyampaian maklumat sejarah secara lisan oleh tokoh-tokoh bersejarah. Melalui kaedah ini maklumat-maklumat sejarah akan dapat dikumpulkan. Penonton dapat melihat, mendengar dan berbincang bersama-sama dengan tokoh-tokoh dalam bidang yang berkaitan. Kaedah ini juga adalah satu usaha dalam menyediakan maklumat primer yang boleh membantu para penyelidik yang berminat terhadap bidang yang berkaitan. Ini juga dapat mengekang kemungkinan wujudnya ketandusan bahan-bahan dan fakta-fakta yang berkaitan.Jawatankuasa Koleksi Terengganu telah menganjurkan beberapa Majlis Dokumentasi Lisan. Majlis Pengkisahan Sejarah yang pertama telah diadakan pada 19 Mac 1988 yang mengupaskan mengenai pentadbiran Islam di Terengganu. Majlis tersebut telah dirakamkan melalui pita video dan kaset seterusnya di 'transkrip' agar senang dibuat kajian.

















