Perpustakaan Awam Daerah Kemaman

Perpustakaan Daerah Kemaman,
Jalan Padang, 24000 Kemaman,
Terengganu.
Tel: 09-8595315
Perpustakaan ini pada mulanya dikendalikan oleh KEMAS yangmana ianya terletak di Jalan Air Putih Kemaman dan diambilalih Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu pada Disember 1980.
Setelah berada di bawah Pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu perpustakaan ini telah memula perkhidmatannya kepada masyarakat di Daerah Kemaman pada Januari 1981 dan pertengahan 1981 telah memulakan perkhidmatan pinjamannya.
Pada April 1989 telah berpindah ke bangunan sendiri 2 tingkat dari Jalan Air Putih ke-Jalan Padang Kemaman. Perpustakaan ini memulakan perkhidmatan di bangunan baru pada Mei 1989.
Waktu Perkhidmatan
Ahad – Rabu : 9.00 pagi - 5.15 petang
Sabtu : 8.45 pagi - 5.15 petang
Jumaat dan Cuti Am : TUTUP
Waktu Masuk Bertugas (kakitangan duty)
Ahad – Rabu : 8.30 pagi - 5.30 petang
Sabtu : 8.30 pagi - 5.30 petang
Jumaat dan Cuti Am : TUTUP


















