PENGENALAN Bahagian Rangkaian Perpustakaan (BRP) merupakan bahagian yang bertanggungjawab menyelaras dan memantau perkhidmatan perpustakaan di seluruh daerah di negeri Terengganu. Bahagian ini merangkumi: Perpustakaan Daerah - 6 Buah - Perpustakaan Daerah Besut - Perpustakaan Daerah Setiu - Perpustakaan Daerah Hulu Terengganu - Perpustakaan Daerah Marang - Perpustakaan Daerah Dungun - Perpustakaan Daerah Kemaman Perpustakaan Pekan - 1 buah - Perpustakaan Pekan Kerteh Perpustakaan Desa Perpustakaan Desa Negeri - 48 buah Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia (Tetapi terletak di bawah pengurusan PPAT) - 33 buah Perpustakaan Bergerak - Terdapat 12 buah perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di seluruh daerah di negeri Terengganu * UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI RANGKAIAN PERPUSTAKAAN ( SILA KE MENU UTAMA "RANGKAIAN" ) Visi Menjadi pemangkin ke arah masyarakat yang berilmu dan berbudaya membaca Misi Mewujudkan peluang yang samarata kepada masyarakat bandar dan luarbandar dalam menggunakan kemudahan perkhidmatan perpustakaan OBJEKTIF Menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang cekap, lengkap dan berkesan untuk masyarakat di luar bandar dan di seluruh negeri Terengganu melalui Perpustakaan Daerah, Perpustakaan Pekan, Perpustakaan Desa dan Perpustakaan Bergerak Fungsi Perpustakaan Daerah, Pekan, Desa dan Perpustakaan BergerakPengenalan
Visi & Misi
Objektif
Fungsi


















