Apakah tindakan yang dikenakan jikalau buku yang dipinjam berlaku kerosakan atau kehilangan?
|
Pengguna perlu membayar harga buku tersebut. |
| Last Updated on Tuesday, 10 July 2012 12:38 |
Bagaimanakah caranya untuk lebih mudah dalam membuat pencarian buku?
|
Caranya dengan menggunakan Katalog Atas Talian (Online Public Access Catalogue [OPAC]). |
Apakah syarat-syarat pinjaman buku boleh dibuat?
|
Syarat utama ialah perlu menjadi ahli perpustakaan dan mempunyai kad keahlian. |
Adakah kad keahlian saya boleh digunakan oleh orang lain?
|
Boleh tetapi pemilik kad perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku risiko kehilangan atau kelewatan pemulangan buku. |
Bolehkah saya mendaftar secara online?
|
Tidak boleh, pengguna perlu datang sendiri ke perpustakaan untuk mendaftar. |
Berapa lama masa yang diambil untuk mendaftar?
|
Masa yang diambil untuk mendaftar adalah 3 minit dengan syarat borang telah lengkap diisi dan disertakan dengan Mykad/Mykid/Sijil Kelahiran. |
Bolehkah saya membuat tempahan buku?
|
Boleh, pengguna boleh membuat tempahan buku melalui Katalog Atas Talian di laman web PPAT, www.trglib.gov.my dengan syarat buku tersebut telah dipinjam oleh pengguna lain. |
Adakah pengguna boleh mencadangkan tajuk bahan yang perlu terdapat dalam koleksi perpustakaan?
|
Boleh, pengguna boleh mengisi borang yang terdapat di kaunter pendaftaran atau dengan menghantar email ke
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
. |
| Last Updated on Thursday, 04 August 2011 11:44 |
Apakah kategori buku yang boleh dipinjam?
|
Buku yang boleh dipinjam adalah buku-buku fiksyen dan buku bukan fiksyen dengan koleksi awalan ‘D’ yang terdapat di aras satu dan koleksi awalan ‘K’ yang terdapat di aras bawah. |
| Last Updated on Thursday, 04 August 2011 11:43 |
Sekiranya buku telah menghampiri tamat tempoh, adakah pengguna boleh memperbaharui pinjaman?
|
Boleh, pengguna boleh memperbaharui pinjaman sebanyak 1 kali dan diberi tempoh pinjaman selama 28 hari lagi. |
| Last Updated on Thursday, 04 August 2011 11:43 |
Sekiranya lewat menghantar buku, berapakah denda yang perlu dibayar?
|
Kadar denda yang perlu dibayar adalah 10 sen satu hari untuk setiap naskhah buku. |
| Last Updated on Thursday, 04 August 2011 11:43 |
Berapa tempoh pinjaman?
|
Tempoh pinjaman adalah selama 28 hari. |
| Last Updated on Thursday, 04 August 2011 11:42 |
Berapa naskhah buku yang boleh dipinjam bagi seorang ahli?
|
4 naskhah buku. |
| Last Updated on Thursday, 04 August 2011 11:42 |
Sekiranya kad hilang, apakah yang perlu dilakukan?
|
Sekiranya kad hilang, pengguna perlu melaporkan kepada PPAT dan mengisi Borang Kad Hilang dengan bayaran memproses kad gantian sebanyak RM 3.00. |
| Last Updated on Thursday, 04 August 2011 11:42 |
Berapakah bayaran bagi pertukaran kategori keahlian daripada kanak-kanak ke dewasa?
|
PPAT mengenakan bayaran untuk memproses kad bagi pertukaran kategori sebanyak RM 2.00. |
| Last Updated on Thursday, 04 August 2011 11:41 |
Berapa tahap umur untuk menjadi ahli perpustakaan?
|
Untuk kategori kanak-kanak, tahap umurnya adalah 3-12 tahun manakala untuk kategori dewasa tahap umurnya adalah 13 tahun dan ke atas. |
| Last Updated on Thursday, 04 August 2011 11:40 |
Apakah yang diperlukan untuk mendaftar sebagai ahli?
|
|
| Last Updated on Thursday, 04 August 2011 11:39 |


















