NEGERI TERENGGANU
( Enakmen Bilangan 7 Tahun 1974 )
Tarikh: 11 September, 1974
Suatu Enakmen bagi membuat peruntukan berkenaan dengan penubuhan
suatu Perbadanan yang dinamakan Perbadanan Perpustakaan
Awam Terengganu dan Perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
[ ]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Kuasa Undangan Negeri
Terengganu seperti berikut
BAHAGIAN I
PERMULAAN
|
1. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, 1974, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Raja melalui pemberitahu dalam Warta.
2. Di dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:
"Bahan Perpustakaan" ertinya apa-apa bentuk perkara bertulis, bercetak atau gerafik, termasuk tulisan tangan, tulisan taip, buku, akhbar, majalah berkala, muzik, gambarfoto, peta, cetakan , lukisan dan lain-lain bentuk seni gerafik, filem, jalur filem, piring hitam, rakaman pita dan lain-lain rakaman pada kertas, filem, atau lain-lain bahan dan pengeluaran ulangnya;
"Kumpulanwang" ertinya Kumpulan wang yang dilantik di bawah seksyen 16;
"Pengerusi" ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 4;
"Perbadanan" ertinya Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
"Perpustakaan Awam" ertinya Perpustakaan Awam Terengganu yang ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah seksyen 8 dan termasuk cawangan-cawangan Perpustakaan Awam dan perpustakaan-perpustakaan bergerak yang mungkin ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah seksyen 9; |
Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa kuasa |
|
Penubuhan Perbadanan Keahlian. Perbadanan Mesyuarat Perbadanan |
"Perpustakaan bergerak" ertinya sesuatu perpustakaan yang bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat di dalam Negeri dengan menggunakan kenderaan yang disesuaikan bagi maksud itu;
"Tahun kewangan" ertinya satu jangka masa yang tidak melebihi dua belas bulan dan tidak kurang dari enam bulan berakhir pada 31 Disember.
BAHAGIAN II PERBADANAN 3. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan yang dinamakan "Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu" yang turun-temurun dan boleh mendakwa dan didakwa.
(2) Perbadanan itu hendaklah mempunyai suatu meteri dan boleh dari semasa ke semasa menukar, mengubah atau membaharui meteri tersebut sebagaimana yang difikirkannya patut, dan sehingga suatu meteri diadakan di bawah seksyen ini suatu cap yang mengandungi tulisan "Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu" boleh digunakan sebagai meteri.
(3) Meteri atau cap Perbadanan itu hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
4. (1) Perbadanan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut:-
(a) Seorang Pengerusi; (b) seorang Timbalan Pengerusi; (c) seorang Wakil dari Persatuan Perpustakaan Malaysia; (d) seorang Wakil dari Perpustakaan Negara; (e) Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri dan Pengarah Pelajaran Negeri atau wakil-wakil mereka; (f) empat orang ahli yang dilantik oleh Menteri Besar, dua daripadanya adalah wakil dari Persatuan-persatuan Kesusasteraan atau Kebudayaan yang berdaftar; (g) empat orang ahli yang dilantik oleh Menteri Besar untuk mewakili pihak berkuasa Kerajaan Tempatan.
(2) Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dilantik di atas apa-apa syarat oleh Raja dalam Mesyuarat dan hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh selama tiga tahun melainkan jika perlantikannya terlebih dahulu dibatalkan atau dikosongkan atau ianya terlebih dahulu meletakkan jawatan.
(3) Seseorang ahli yang dilantik di bawah perenggan (f) seksyen-kecil (1) hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh selama tiga tahun melainkan jika perlantikannya terlebih dahulu dibatalkan atau dikosongkan atau ianya terlebih dahulu meletakkan jawatan. (4) Seseorang ahli yang dilantik di bawah perenggan (g) seksyen-kecil (1) hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh selama satu tahun melainkan jika perlantikannya terlebih dahulu dibatalkan atau dikosongkan atau ianya terlebih dahulu meletakkan jawatan.
(5) Seseorang ahli yang dilantik di bawah perenggan-perenggan (a) dan (b) seksyen-kecil (1) boleh dilantik semula apabila tamat tempoh jawatannya.
(6) Semasa Pengerusi tidak ada, Timbalan Pengerusi hendaklah mempunyai semua kuasa-kuasa Pengerusi.
(7) Semasa Pengerusi atau Timbalan Pengerusi tidak berdaya kerana sakit atau apa-apa jua sebab lain, atau semasa Pengerusi atau Timbalan Pengerusi tidak ada dalam negeri. Menteri Besar boleh melantik seseorang untuk menjadi Pengerusi sementara yang mempunyai semua kuasa-kuasa Pengerusi.
(8) Apa-apa kekosongan boleh diisi oleh seseorang yang dilantik oleh Menteri Besar.
Dengan syarat bahawa ahli-ahli yang dilantik untuk mengisi jawatan ahli-ahli di perenggan-perenggan (f) dan (g) hendaklah dari kategori orang-orang yang sama seperti yang tersebut di dalam perenggan-perenggan itu.
Dengan syarat selanjutnya bahawa tiada apa-apa jua tindakan atau langkah-langkah pembicaraan Perbadanan itu boleh menjadi tidak sah atau menyalahi undang-undang hanya oleh sebab sesuatu kekosongan itu semasa sesuatu tindakan atau langkah-langkah pembicaraan itu diambil oleh Perbadanan.
5. Maka hendaklah dibayar kepada ahli-ahli Perbadanan apa-apa elaun perjalanan atau lain-lain elaun berkaitan dengan kehadiran di mesyuarat-mesyuarat Perbadanan atau menjalankan apa-apa tugas Perbadanan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri Besar.
6. (1) Perbadanan hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali dalam sesuatu tahun kewangan.
(2) Mesyuarat-mesyuarat Perbadanan hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi.
(3) Pengerusi boleh pada bila-bila masa memanggil suatu mesyuarat Perbadanan dan hendaklah di atas permintaan bertulis daripada tidak kurang dari lapan orang ahli memanggil suatu mesyuarat khas dalam masa sebulan dari tarikh permintaan tersebut. |
Elaun ahli- ahli |
|||
|
Quorum |
(4) Minit-minit bagi tiap-tiap satu mesyuarat Perbadanan hendaklah disimpan dan minit-minit tersebut hendaklah disahkan dan ditandatangani di mesyuarat yang berikut selepas itu oleh Pengerusi.
(5) Perbadanan boleh menjemput seorang atau beberapa orang untuk menghadiri sesuatu mesyuarat Perbadanan yang tertentu bagi maksud membantu atau menasihat Perbadanan tetapi orang-orang yang dijemput itu tidak berhak mengundi.
7. (1) Quorum di semua mesyuarat Perbadanan ialah lapan (8) orang. (2) Jika mengenai apa-apa soal untuk ditentukan oleh Perbadanan undinya sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus selain daripada undi asalnya. |
||||
BAHAGIAN III
KUASA-KUASA DAN TUGAS-TUGAS PERBADANAN
|
Tugas-tugas Perbadanan |
8. Tugas-Tugas Perbadanan ialah: (a) menubuh, melengkap, mengurus dan menyelenggarakan Perpustakaan Awam Terengganu;
(b) mengembangkan dan menggalakkan pembacaan khususnya dalam Bahasa Malaysia;
(c) mengembangkan dan menggalakkan penggunaan buku-buku di Perpustakaan Awam untuk rujukan dan untuk pinjaman tertakluk kepada pemeliharaan yang sempurna terhadap kehilangan atau kerosakan;
(d) memperolehi suatu kumpulan lengkap buku-buku yang ada hubungan dengan Negeri atau yang diterbitkan di dalam Negeri;
(e) mendapatkan dan mengadakan penerangan pusat mengenai sumber-sumber dan perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaan dalam Negeri bagi pihak Perpustakaan Negara;
(f) bertindak sebagai ajensi pengelolaan untuk memberi pinjam dan pertukaran buku-buku pada peringkat antara Negeri dan di antara Perpustakaan Awam dan Perpustakaan Negara;
(g) mengadakan perkhidmatan rujukan, bibliografi dan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan kepada jabatan-jabatan Negeri dan Dewan Undangan Negeri;
(h) melakukan apa-apa perkara dan benda lain yang difikirkan perlu bagi menjalankan atau melaksanakan kesemua atau apa-apa maksud Enakmen ini.
9. Perbadanan boleh:
(a) menubuh, mengurus dan menyelenggarakan cawangan-cawangan Perpustakaan Awam di mana-mana bahagian dalam Negeri;
(b) mengadakan dan menyelenggarakan perpustakaan- perpustakaan bergerak;
(c) menasihat perpustakaan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri di dalam Negeri;
(d) membeli, menukar, meminjam dan menerima buku-buku dan lain-lain harta alih bersangkutan dengan penubuhan dan pengurusan Perpustakaan Awam;
(e) membeli, menukar, memajak dan memegang tanah, bangunan-bangunan dan lain-lain harta tak alih bagi penubuhan Perpustakaan Awam dan bagi apa-apa maksud yang perlu untuk menjalankan tugas-tugas Perbadanan; |
Kuasa-kuasa Perbadanan |
||
|
(f) mengambil alih mana-mana perpustakaan dalam Negeri dengan persetujuan perpustakaan tersebut dan pada melakukannya boleh membuat kontrak atau perkiraan yang menasabah dengan mana-mana orang, kelab, persatuan atau kerajaan tempatan dengan kelulusan Raja dalam Mesyuarat;
(g) membuat perhubungan dan bekerjasama setakat mana dan atas apa-apa syarat yang difikirkan perlu dengan perpustakaan-perpustakaan lain, institusi-institusi pengajian tinggi atau mana-mana pertubuhan antara bangsa sama ada dalam Negeri-negeri di Malaysia atau sebaliknya;
(h) mengadakan latihan-latihan bagi orang-orang untuk menjalankan tugas-tugas iktisas dan bukan iktisas dalam perpustakaan-perpustakaan;
(i) melantik jawatankuasa-jawatankuasa khas yang kepadanya Perbadanan boleh mewakilkan apa-apa tugas pentadbirannya;
(j) membuat apa-apa kontrak atau melakukan apa-apa tindakan atau kerja lain sebagaimana yang perlu dan patut bagi melaksanakan maksud-maksud Enakmen ini. 10. Perbadanan boleh dari semasa ke semasa meminjam dengan apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa syarat mengenai masa dan cara pembayaran balik dan menjamin pembayaran balik dan sebaliknya sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri, apa-apa jumlah wang yang perlu bagi menunaikan apa-apa perbelanjaan modal bagi maksud-maksud yang berikut:
(a) pampasan yang kena dibayar oleh Perbadanan bagi pemerolehan tanah; (b) kos bagi memperolehi tanah, bangunan atau lain-lain harta tak alih bagi maksud Enakmen ini;
(c) kos bagi membina bangunan-bangunan bagi perpustakaan Awam dan membeli kenderaan-kenderaan bagi penubuhan perpustakaan bergerak atau membaharui bangunan-bangunan itu atau kenderaan-kenderaan itu dan kerja yang berkaitan dengannya; (d) kos bagi membeli buku-buku; dan
(e) apa-apa kos lain yang difikirkan perlu untuk melaksanakan maksud-maksud Enakmen ini. |
Kuasa meminjam |
|
Kuasa-kuasa melabur Bil. 66 Tahun 1949. Pegawai- pegawai dan penjawat- penjawat. Kuasa mengambil kerja Penasihat. |
11. Perbadanan boleh melabur mana-mana bahagian daripada Kumpulan Wangnya yang tidak diperlukan untuk kegunaan segera ke dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh Ordinan Pemegang Amanah, 1949, atau dengan apa-apa cara sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri Besar. BAHAGIAN IV PEGAWAI-PEGAWAI, PENJAWAT-PENJAWAT DAN LAIN-LAIN PERBADANAN
12. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Peraturan yang dibuat di bawah seksyen 23, Perbadanan boleh melantik pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat sebagaimana yang difikirkan perlu untuk melaksanakan maksud-maksud Enakmen ini. (2) Pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Perbadanan adalah di bawah kawalan pentadbiran Pengerusi atau seseorang pegawai yang dilantik oleh Pengerusi. (3) Ahli-ahli, pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Perbadanan hendaklah disifatkan sebagai Pegawai Kerajaan menurut makna yang terkandung dalam Kanun Kesiksaan. (4) Perbadanan boleh dengan kelulusan Menteri Besar membuat peraturan-peraturan bagi penubuhan suatu Kumpulan Wang Simpanan Pencarum-pencarum bagi pegawai-pegawai dan penjawat yang dilantik di bawah Enakmen ini.
13. Perbadanan boleh dengan kelulusan Menteri Besar mengambil kerja dan membayar gaji penasihat-penasihat profesional seperti peguamcara, banker, penilai atau pakar perpustakaan bagi menguruskan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa tindakan yang perlu diuruskan atau dilakukan dalam melaksanakan kewajipan-kewajipan Perbadanan atau bagi melaksanakan dengan lebih sempurna maksud-maksud Enakmen ini dan membayar segala bayaran dan perbelanjaan yang dikenakan. |
|||
|
Penggunaan Kumpulan- wang Perbadanan. |
14. Ordinan Perlindungan Pihakberkuasa Awam, 1948 hendaklah dipakai terhadap apa-apa tindakan, guaman pendakwaan atau pembicaraan terhadap Perbadanan atau terhadap mana-mana ahli, pegawai, penjawat atau ajen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa tindakan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan oleh Perbadanan atau orang-orang seperti itu atas sifatnya yang demikian itu. 15. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu ibu pejabat di Kuala Terengganu atau pada satu tempat sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Perbadanan dan diluluskan oleh Menteri Besar. (2) Perbadanan boleh menubuhkan pejabat-pejabat lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Perbadanan.
BAHAGIAN V KUMPULAN WANG DAN HASIL PERBADANAN
16. (1) Bagi maksud Enakmen ini maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu Kumpulanwang yang akan ditadbir dan dikawal oleh Perbadanan. (2) Kumpulan wang Perbadanan hendaklah terdiri daripada:
(a) apa-apa jumlah wang yang, dari semasa ke semasa, diuntukkan oleh Dewan Undangan Negeri bagi maksud itu;
(b) apa-apa jumlah wang yang disumbangkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi maksud-maksud Perbadanan;
(c) apa-apa jumlah wang yang dari semasa ke semasa didermakan oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan, Kerajaan mana-mana Negeri lain, yayasan-yayasan atau oleh mana-mana orang lain bagi maksud-maksud Perbadanan;
(d) apa-apa jumlah wang yang dari semasa ke semasa didapati oleh Perbadanan melalui pinjaman;
(e) apa-apa jumlah wang yang mungkin dikutip oleh Perbadanan melalui bayaran-bayaran atau denda-denda;
(f) segala bunga di atas pelaburan- pelaburan bagi mana-mana bahagian Kumpulan wang;
(g) segala jumlah wang yang diperolehi oleh Perbadanan secara langsung atau secara tidak langsung dari harta alih atau harta tak alih yang dipunyai oleh Perbadanan.
17. Kumpulan-wang Perbadanan boleh digunakan untuk menanggung bayaran-bayaran yang berikut:
(a) elaun-elaun bagi ahli-ahli untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat Perbadanan;
(b) gaji-gaji, bayaran-bayaran atau saraan-saraan pegawai-pegawai, ejen-ejen dan penjawat-penjawat dan penasihat teknik atau lain-lain penasihat Perbadanan;
(c) segala kosa bayaran dan perbelanjaan Perbadanan dan segala kos, bayaran dan perbelanjaan yang berkenaan dengan perjalanan kuasa-kuasa Perbadanan di bawah Enakmen ini;
(d) bunga di ata apa-apa pinjaman yang dipinjam dengan sah oleh Perbadanan; (e) jumlah wang yang diperlukan untuk membayar balik wang-wang yang dipinjam;
(f) apa-apa jumlah wang yang difikirkan patut diketepikan berkenaan dengan kesusutan harta Perbadanan. |
Ordinan Perlindungan Pihakberkuasa Awam, F.T.M. Bil. 19 Tahun 1948 Pejabat Perbadanan Kumpulan- wang Perbadanan. |
||
|
Akaun Bank. Akaun dan Odit Penyata tahunan |
18. (1) Segala wang yang dibayar kepada Perbadanan hendaklah dengan serta merta dimasukkan ke dalam sesuatu akaun di dalam mana-mana bank atau bank-bank sebagaimana yang diluluskan oleh Perbadanan.
(2) Segala pesanan atau cek terhadap akaun yang tersebut itu hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi dan semasa Pengerusi tidak ada oleh Timbalan Pengerusi dan seorang ahli yang diberi kuasa oleh Perbadanan.
19. (1) Perbadanan hendaklah menyimpan akaun-akaun dan lain-lain rekod yang betul mengenai perjalanannya dan hendaklah mengarahkan supaya disediakan suatu penyata akaun mengenai tiap-tiap tahun kewangan. (2) Akaun-akaun Perbadanan hendaklah diodit pada tiap-tiap tahun oleh Juru Odit Negara. (3) Pada penghujung tiap-tiap satu tahun kewangan, suatu salinan penyata akaun yang telah diodit itu hendaklah dikemukakan kepada Raja dalam Mesyuarat dan kepada Perpustakaan Negara bersama-sama dengan suatu salinan apa-apa laporan yang dibuat oleh Juru Odit Negara di atas penyata akaun Perbadanan itu.
20. (1) Perbadanan hendaklah dengan secepat mungkin selepas tamatnya tiap-tiap satu tahun kewangan, mengarahkan supaya dibuat dan mengemukakan kepada Raja dalam Mesyuarat dan kepada Perpustakaan Negara suatu laporan yang membicarakan dengan am kegiatan-kegiatan Perbadanan di dalam tahun kewangan yang terdahulu dan mengandungi apa-apa penerangan berkenaan dengan perjalanan dan dasar Perbadanan.
(2) Suatu salinan tiap-tiap laporan seperti itu hendaklah dibentangkan di atas meja persidangan Dewan Negeri. |
|||
|
|
BAHAGIAN VI PELBAGAI PERKARA
21. Seorang yang di mana-mana bahagian PerpustakaanAwam yang ditubuh, diselenggara atau diuruskan oleh Perbadanan. (a) berkelakuan tidak senonoh; atau (b) menggunakan bahasa yang mencaci atau lucah; atau (c) bertaruh atau berjudi; atau
(d) sesiapa, selepas diberi amaran yang sempurna enggan keluar dari perpustakaan selepas masa yang ditetapkan untuk menutup Perpustakaan Awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan tidak lebih daripada tiga ratus ringgit |
Kesalahan- kesalahan. |
||
|
atau dua bulan penjara, dan berkenaan dengan kesalahan yang kedua atau kesalahan yang berikutnya boleh dikenakan denda tidak lebih daripada enam ratus ringgit atau empat bulan penjara.
22. Seseorang pegawai atau penjawat Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 12 boleh menangkap tanpa waran:
(a) seseorang disyakinya dengan menasabah telah melakukan atau cuba melakukan di-hadapannya apa-apa kesalahan terhadap Enakmen ini atau peraturan- peraturan yang dibuat di bawahnya;
(b) seseorang yang dikeluarkan waran ke atasnya di bawah Enakmen ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya masih ada, walaupun waran itu tidak ada dalam miliknya; hendaklah dengan secepat mungkin mengemukakan atau mengarahkan supaya dikemukakan orang itu menurut peruntukan-peruntukan Kanun Acara Jenayah.
23. Perbadanan boleh dengan kelulusan Menteri Besar membuat Perintah-Perintah Tetap yang tidak bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini:
(a) menetapkan acara di mesyuarat Perbadanan;
(b) menetapkan cara-cara bagaimana apa-apa jenis suratan dan apa-apa jenis suratcara boleh ditandatangani atau dilaksanakan bagi pihak Perbadanan;
(c) menetapkan tanggungjawab dan pengawalan pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Perbadanan;
(d) menetapkan keadaan-keadaan yang membolehkan pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Perbadanan menerima perbelanjaan perjalanan, elaun sara hidup atau lain-lain elaun dan menetapkan kadar perbelanjaan-perbelanjaan dan elaun-elaun tersebut;
(e) secara am untuk menjalankan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipan Perbadanan di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini. |
Tangkapan tanpa waran Kuasa untuk membuat Perintah- perintah tetap |
|
Kuasa Membuat Peraturan. |
24. (1) Perbadanan boleh dengan ketetapan yang dibuat di mesyuarat Perbadanan membuat kaedah-kaedah yang perlu dan patut bagi menjalankan maksud-maksud Enakmen ini dengan lebih berkesannya dengan tidak menyentuh keluasan peruntukan yang tersebut di atas membuat kaedah-kaedah bagi: (a) mengatur keahlian Perpustakaan Awam;
(b) menetapkan borang permohonan untuk menjadi ahli Perpustakaan Awam;
(c) memerlukan supaya diberi penjamin atau jaminan oleh seseorang yang menggunakan Perpustakaan Awam;
(d) membuat peruntukan mengenai penggantung, pembatalan, penamatan atau hilang kelayakan keahlian Perpustakaan Awam;
(e) mengatur kegunaan Perpustakaan Awam dan membuat peruntukan bagi melindungi Perpustakaan Awam dan segala yang Terdapat di dalamnya daripada kecederaan, kerosakan, atau salahguna;
(f) mengatur bagi senggaraan mutu yang sempurna dan kelakuan ahli-ahli Perpustakaan Awam dan menguruskan pelanggaraannya;
(g) memberi kuasa kepada pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Perpustakaan Awam untuk menahan kemasukan atau mengeluarkan orang-orang yang melakukan apa-apa kesalahan terhadap Enakmen ini atau perintah-perintah dibuat di bawahnya daripada mana-mana kawasan yang digunakan berhubung dengan Perpustakan Awam;
(h) mengatur kemasukan kenderaan-kenderaan ke dalam kawasan Perpustakaan Awam dan mengawal lalu-lintas di dalamnya;
(i) menetapkan penubuhan Jawatankuasa- jawatankuasa;
(j) menetapkan cara-cara bagaimana buku-buku boleh diguna, dirujuk atau dipinjam, dan tanggungan ahli-ahli Perpustakaan Awam apabila buku-buku hilang atau rosak; dan |
|
(k) bagi maksud-maksud lain sama ada dari jenis yang sama seperti di atas atau tidak yang perlu atau patut di dalam atau berkenaan dengan pengurusan Perpustakaan Awam.
(2) Apa-apa Peraturan yang dibuat di bawah seksyen-kecil (1) tidak boleh berjalan kuatkuasa melainkan disahkan oleh Raja dalam Mesyuarat dan disiarkan dalam Warta.
BAHAGIAN VII PEMINDAHAN ASET, TANGGUNGAN, TUGAS-TUGAS PEGAWAI DAN PENJAWAT
25. (1) Dengan berkuatkuasanya Enakmen ini, semua tanah-tanah, bangunan-bangunan , buku-buku dan lain-lain harta alih atau tak alih kepunyaan Perpustakaan Awam Kuala Terengganu, termasuk semua aset, kuasa-kuasa, hak-hak, kepentingan-kepentingan dan lain-lain keistimewaan perpustakaan tersebut hendaklah dipindahmilik dan diletak hak pada Perbadanan tanpa sebarang tindakan lanjut. (2) Dengan pemindahmilik itu semua hutang, tanggungan-tanggungan dan kewajipan-kewajipan Perpustakaan Awam Kuala Terengganu hendaklah juga dipindah dan dianggap sebagai dilakukan oleh Perbadanan.
26. Dengan berkuatkuasanya Enakmen ini, mana-mana pegawai dan penjawat Perpustakaan Awam Kuala Terengganu bolehlah disifatkan ditukarkan kepada perkhidmatan Perbadanan atas kadar gaji dan syarat-syarat perkhidmatan yang akan ditetapkan oleh Perbadanan.
BAHAGIAN VIII PENGGULUNGAN PERBADANAN
27. (1) Raja dalam Mesyuarat boleh dengan perintah alam warta mengarahkan supaya Perbadanan digulung dan dibubarkan. |
Pemindahan aset dan tanggungan Perpustakaan Awam Kuala Terengganu kepada Perbadanan. Pertukaran pegawai- pegawai dan penjawat- penjawat Perpustakaan Awam Kuala Terengganu. Penggulungan |
|
(2) Apa-apa kelebihan daripada penggulungan Perbadanan itu hendaklah dibayar ke dalam Kumpulanwang Negeri Yang Disatukan dan apa-apa kekurangan hendaklah dibayar daripada wang-wang yang diperuntukan oleh Dewan Negeri. (3) Penggulungan Perbadanan hendaklah dijalankan dengan cara yang ditetapkan oleh Raja dalam Mesyuarat. (4) Walaupun yang terkandung dalam Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, dari tarikh penyiaran perintah di bawah seksyen-kecil (1) apa-apa hak atau keistimewaan mana-mana ahli, pegawai atau penjawat Perbadanan atau ahli Perpustakaan Awam hendaklah disifatkan sebagai ditamatkan dengan sah.
Diluluskan oleh Dewan Negeri pada hari ini 6hb. Julai, 1974. [ SUK. Tr. 585/60/SK. (100); PUN. Tr. 15/70 ].
Mohd. Azhar bin Haji Othman, Setiausaha Dewan Negeri Terengganu. |



















