Soalan Lazim

Bolehkah saya menggunakan MyKad sebagai kad ahli perpustakaan?

Boleh tetapi pengguna MyKid dikehendaki menggunakan Kad ILMU yang disediakan oleh pihak PPAT dengan bayaran proses sebanyak RM2.00.

Bolehkah saya membuat pendaftaran keahlian Secara Atas Talian (Online)?

Boleh, tetapi anda hendaklah datang ke Kaunter untuk mengaktifkan pendaftaran anda.

Saya telah meminjam buku di salah satu cawangan perpustakaan Awam Terengganu. Bolehkah saya memulangkannya di lain-lain cawangan?

Ya. Boleh dihantar di mana-mana cawangan perpustakaan Awam Terengganu yang menggunakan Sistem Perpustakaan (Virtua).

Apakah tindakan yang dikenakan jikalau buku yang dipinjam berlaku kerosakan atau kehilangan?

Pengguna perlu membayar harga buku tersebut.

Bagaimanakah caranya untuk lebih mudah dalam membuat pencarian buku?

Caranya dengan menggunakan Katalog Atas Talian (Online Public Access Catalogue [OPAC]).

Apakah syarat-syarat pinjaman buku boleh dibuat?

Syarat utama ialah perlu menjadi ahli perpustakaan dan mempunyai kad keahlian.

Adakah kad keahlian saya boleh digunakan oleh orang lain?

Boleh tetapi pemilik kad perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku risiko kehilangan atau kelewatan pemulangan buku.

Bolehkah saya mendaftar secara online?

Tidak boleh, pengguna perlu datang sendiri ke perpustakaan untuk mendaftar.

Berapa lama masa yang diambil untuk mendaftar?

Masa yang diambil untuk mendaftar adalah 3 minit dengan syarat borang telah lengkap diisi dan disertakan dengan Mykad/Mykid/Sijil Kelahiran.

Bolehkah saya membuat tempahan buku?

oleh, pengguna boleh membuat tempahan buku melalui Katalog Atas Talian di laman web PPAT, www.trglib.gov.my dengan syarat buku tersebut telah dipinjam oleh pengguna lain.

Adakah pengguna boleh mencadangkan tajuk bahan yang perlu terdapat dalam koleksi perpustakaan?

Boleh, pengguna boleh mengisi borang yang terdapat di kaunter pendaftaran atau dengan menghantar email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Apakah kategori buku yang boleh dipinjam?

Buku yang boleh dipinjam adalah buku-buku fiksyen dan buku bukan fiksyen dengan koleksi awalan ‘D’ yang terdapat di aras satu dan koleksi awalan ‘K’ yang terdapat di aras bawah.

Sekiranya buku telah menghampiri tamat tempoh, adakah pengguna boleh memperbaharui pinjaman?

Boleh, pengguna boleh memperbaharui pinjaman sebanyak 1 kali dan diberi tempoh pinjaman selama 28 hari lagi.

Sekiranya lewat menghantar buku, berapakah denda yang perlu dibayar?

Kadar denda yang perlu dibayar adalah 10 sen satu hari untuk setiap naskhah buku.

Berapa tempoh pinjaman?

Tempoh pinjaman adalah selama 28 hari.

Berapa naskhah buku yang boleh dipinjam bagi seorang ahli?

4 naskhah buku.

Sekiranya kad hilang, apakah yang perlu dilakukan?

Sekiranya kad hilang, pengguna perlu melaporkan kepada PPAT dan mengisi Borang Kad Hilang dengan bayaran memproses kad gantian sebanyak RM 3.00.

Berapakah bayaran bagi pertukaran kategori keahlian daripada kanak-kanak ke dewasa?

PPAT mengenakan bayaran untuk memproses kad  bagi pertukaran kategori sebanyak RM 2.00.

Berapa tahap umur untuk menjadi ahli perpustakaan?

Untuk kategori kanak-kanak, tahap umurnya adalah 3-12 tahun manakala untuk kategori dewasa tahap umurnya adalah 13 tahun dan ke atas.

Apakah yang diperlukan untuk mendaftar sebagai ahli?

Pengguna perlu mengisi borang pendaftaran ahli serta mengemukakan Mykad bagi ahli dewasa dan Mykid atau Sijil Kelahiran bagi ahli kanak-kanak. Bayaran untuk memproses kad ahli baru adalah sebanyak RM 2.00.

  1 Malaysia Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah