Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak

Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak

Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak telah dimulakan pada bulan Jun 1982. Perkhidmatan ini memberi peluang kepada penduduk-penduduk di luar bandar meminjam buku-buku di tempat mereka sendiri. Bahan-bahan bacaan yang disediakan adalah didalam berbagai bidang untuk golongan dewasa, belia dan kanak-kanak.

 

Jenis-jenis hentian

  • Kawasan Perumahan
  • Kem Pertahanan
  • Pusat Kegiatan Belia
  • Masjid
  • Balai Raya
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Menengah
  • Lapangan Terbang

 

Syarat-Syarat Mendapatkan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak

  • Jarak sekolah/institusi yang memohon ke pusat bandar tidak kurang daripada 10 km. (6.21 batu) bagi daerah Kuala Terengganu dan tidak kurang 6 km. (3.73 batu ) bagi daerah-daerah lain.
  • Sekolah/Institusi yang memohon tidak mempunyai kemudahan perpustakaan atau bilik bacaan sendiri yang lengkap.
  • Jumlah bakal ahli sekolah / Institusi yang memohon :

a) Jumlah tidak kurang daripada 100 orang bagi sekolah / Institusi.

b) Jumlah tidak kurang daripada 50 orang bagi kawasan-kawasan perumahan,masjid dan sebagainya.

  • Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak sekolah / Institusi / JKKK. yang mengurus hal-ehwal Perkhidmatan Bergerak di tempat mereka agar perkhidmatan yang diberikan dapat berjalan tanpa sebarang masalah.

c)  Pihak PPAT berhak menamatkan perkhidmatan di tempat tuan/puan sekiranya tiada sambutan yang diberikan kepada perkhidmatan kami. Hentian  yang kami tamatkan akan diganti debngan hentian baru yang lebih memerlukan dan dapat memberi pulangan sambutan yang menggalakan.
d)  Pihak PPAT berhak menggantung perkhidmatan pimjaman buku-buku buat sementara ditempat tuan/puan sekiranya didapati ramai yang tidak memulangkan buku-buku selepas dihantar surat peringatan. Pihak kami akan memulakan kembali perkhidmatan seandainya semua buku-buku yang dipinjam telah dikembalikan.

  • Keadaan jalan raya yang menghala ke hentian-hentian berkeadaan baik, bertar dan sesuai untuk laluan bas.
  • Saiz lebar pintu pagar atau pintu gerbang masuk ke hentian-hentian berkenaan tidak kurang daripada 3.66 meter ( 12 kaki ).
  • Sekolah / Institusi yang memohon tidak mempunyai kemudahan perpustakaan atau bilik bacaan diri yang lengkap.
  • Mempunyai kemudahan tempat meletak bas yang sesuai dan selamat (parking ground).
  • Pihak Sekolah / Institusi yang memohon boleh menghubungi pihak PPAT. ( Unit Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak ) sekiranya menghadapi sebarang masalah/kesulitan berhubung dengan perkhidmatan kami.

 

 

  1 Malaysia Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla