Bahagian Dewasa

Pinjaman Dewasa

 

Perkhidmatan ini menyediakan bahan-bahan fiksyen dan bukan fiksyen meliputi pelbagai bidang. Koleksi awalan ‘D’ dan boleh dipinjam.

 

 

Peraturan Pinjaman:

  • Pengguna perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu. Pinjaman boleh dibuat menggunakan Mykad atau kad ILMU.
  • Pastikan buku yang hendak dipinjam dalam keadaan baik.
  • Buku yang dipinjam hendaklah melalui proses pinjaman yang sah di kaunter Sirkulasi atau melalui Sistem Pinjaman /Pemulangan layan diri
  • (SelfCheck Machine).
  • Setiap ahli boleh meminjam sebanyak 4 naskhah buku untuk tempoh 14 hari.
  • Tempoh pinjaman boleh diperbaharui satu kali sahaja selama 14 hari lagi.
  • Setiap ahli perlu bertanggungjawab ke atas buku yang dipinjam
  • Buku-buku yang telah dipinjam hendaklah di pulangkan ke Kaunter Sirkulasi atau melalui Sistem Pinjaman / Pemulangan layan diri
  • (SelfCheck Machine) pada atau sebelum tarikh yang telah ditetapkan
  • Buku-buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda sejumlah RM0.20 sehari bagi setiap hari perpustakaan dibuka.
  • Buku-buku pinjaman yang hilang atau rosak akan dikenakan bayaran ganti rugi.

 

 


Koleksi Majalah

 

Perkhidmatan ini menyediakan koleksi majalah tempatan dan luar negara di dalam pelbagai bidang. Antara Majalah yang terdapat di perpustakaan adalah bola sepak, wanita, nona, anjung seri, forward, buyers guide dan lain-lain. Koleksi ini hanya untuk rujukan sahaja.

 

 

 

Koleksi Tempatan

 

Bahagian Dewasa juga menyediakan 2 koleksi tempatan iaitu :

 

Koleksi Terengganu

Koleksi ini menyediakan bahan-bahan yang ditulis oleh pengarang Terengganu pengarang Terengganu, diterbitkan di Terengganu dan bahan-bahan mengenai Negeri Terengganu. Jenis-jenis bahan adalah terdiri daripada:-

  • Buku
  • Risalah dan Dokumen
  • Penerbitan Bersiri
  • Laporan Seminar/ Jabatan Kerajaan/ Badan-Badan Berkanun/ Swasta
  • Keratan Akhbar
  • Artikel Majalah
  • Tesis
  • Peta
  • Warta Kerajaan Negeri
  • Video dan Kaset

Koleksi awalan ialah ‘KTG’ dan tidak boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan sahaja. Namun, bahan-bahan bercetak boleh difotostat kecuali tesis.

 

Koleksi Peribadi

Koleksi ini menghimpunkan koleksi peribadi tokoh-tokoh kelahiran Negeri Terengganu. Di antaranya ialah Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Hashim Awang, Y. Bhg. Dato’ Nara Setia, Y. Bhg. Dato’ Prof. Mohamad bin Abu Bakar dan Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Rohani bt. Abdul Kadir.

Koleksi awalan ‘KP’ dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan sahaja.

 

 

Pusat Multimedia

 

Perkhidmatan ini menyediakan komputer-komputer dan sumber media (pita video, pita audio dan mikrofilem) untuk kegunaan ahli perpustakaan. Perkhidmatan komputer di bilik Siber Dewasa ini adalah berbayar sebanyak RM 2.00 sejam. Selain itu, Pusat Multimedia juga menyediakan sumber elektronik seperti VCD, DVD dan CD ROM. Terdapat juga Perkhidmatan Pangkalan Data Luar (mylib) iaitu EBSHOhost, Emerald, GMID, CLJ, BLIS, Nexis dan Netcousins. Selain komputer, Pusat Multimedia juga menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar percuma.

 

 

Bagi pengguna yang ingin membuat salinan bahan rujukan dari cakera padat atau Internet kemudahan penyalinan ( print ) disediakan dengan kadar bayaran RM 0.20 bagi satu salinan.

 

 

Perkhidmatan Rujukan

 

Menyediakan perkhidmatan rujukan dan maklumat kepada semua pengguna. Bahan-bahan ini meliputi pelbagai bidang perkara. Jenis-jenis bahan rujukan ialah:

 

Koleksi Rujukan Umum

Terdiri daripada buku-buku rujukan dalam pelbagai bidang perkara untuk rujukan pengguna. Koleksi awalan ‘R’ dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan sahaja.

 

Koleksi Rujukan Segera

Mengandungi bahan rujukan khusus seperti kamus, ensiklopedia, almanak dan lain-lain. Koleksi awalan ‘RR’ dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan sahaja.

 

Koleksi Terhad

Terdiri daripada himpunan bahan-bahan yang mempunyai unsur-unsur sensitif. Koleksi awalan ‘T’ dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan sahaja.

 

Koleksi ‘Red Spot’

Himpunan buku-buku popular bertanda merah yang sentiasa mendapat permintaan dari pengguna. Koleksi awalan ‘RTM’ dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan sahaja.

 

Koleksi Arab

Himpunan bahan-bahan rujukan dalam bahasa Arab. Koleksi awalan ‘RA’ dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan sahaja.

 

Koleksi Artikel Akhbar dan Majalah

Koleksi keratan akhbar dan majalah yang dijilid mengikut bidang perkara tertentu. Koleksi ini tidak boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan sahaja.

 

Koleksi Majalah Berjilid

Terdiri daripada majalah kebelakangan yang telah dijilid dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan. Koleksi ini tidak boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan sahaja.

 

 

Senarai VCD & DVD

09.07.2012

Tabiat Pagi: Suami isteri 1, 2 & 3

(convert VHS-DVD)

15.07.2012

Malaysia Hari Ini: melentur buluh 1,2 & 3

(convert VHS-DVD)

17.07.2012

Panduan Ibadah Harian: teori & praktikal

(convert VHS-DVD)

19.07.2012

Praktikal wuduk, solat, wirid & doa

(convert VHS-DVD)

21.07.2012

Popeye the sailorman

(convert VHS-DVD)

24.07.2012

Sambal (episode pengenalan)

(convert VHS-DVD)

25.07.2012

Three little kitten, Rain rain go away, Itsy bitsy spider, I’m a little teapot

(convert VHS-DVD)

28.07.2012

Gulliver’s Travel, Through the Looking Glass

(convert VHS-DVD)

30.07.2012

Darkwing Duck, Donald’s Birthday Dash

(convert VHS-DVD)

01.08.2012

Donald & company, Jungle Book, Chip ‘n’ Dale, Prince Pauper, The Return of Jafar

(convert VHS-DVD)

01.08.2012

Bisikan Cinta

(convert VHS-DVD)

07.08.2012

Sutera putih

(convert VHS-DVD)

07.08.2012

Kad Cinta

(convert VHS-DVD)

08.08.2012

Pengantin Popular

(convert VHS-DVD)

12.08.2012

Impian

(convert VHS-DVD)

15.08.2012

Metropolitan

(convert VHS-DVD)

16.08.2012

Jimi Asmara

(convert VHS-DVD)

16.08.2012

Metamofosis

(convert VHS-DVD)

26.08.2012

Sayang Salmah

(convert VHS-DVD)

27.08.2012

Opocot!

(convert VHS-DVD)

27.08.2012

Kembali

(convert VHS-DVD)

29.08.2012

Masakan Lauk Pauk Chef Wan

(convert VHS-DVD)

03.09.2012

TAMADUN ISLAM: SIRI DOKUMENTARI

1)Islam di China. 2 Islam di Uzbekistan. 3) Islam di Turki

(convert VHS-DVD)

04.09.2012

TAMADUN ISLAM: SIRI DOKUMENTARI

Islam di Jordan. 2) Keindahan Tamadun Rohani

(convert VHS-DVD)

05.09.2012

Masakan lauk pauk: Chef Wan (2)

(convert VHS-DVD)

 

 

 

 

  1 Malaysia Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla