Maklumat Am

Definisi

Definisi

Satu kumpulan bahan-bahan tulisan, lisan, lukisan, rakaman (pita, video & filem) dan gambar samada yang bercetak atau tidak bercetak, diterbit atau tidak diterbitkan mengenai Negeri Terengganu, diterbitkan di Terengganu, dan / atau ditulis oleh penulis-penulis Terengganu.

 

 

Objektif

Objektif

Objektif utama pengumpulan Koleksi Terengganu adalah untuk membina suatu koleksi yang dapat menggambarkan warisan Negeri Terengganu Darul Iman yang perlu dipelihara serta disimpan untuk tujuan rujukan dan penyelidikan orang ramai pada masa sekarang dan masa akan datang.

 

 

Bahan-bahan

Bahan-bahan

1. Buku:

  • Buku-buku yang ditulis oleh penulis-penulis Terengganu, buku-buku yang diterbitkan di Negeri Terengganu Darul Iman dan buku-buku mengenai Negeri Terengganu.
  • Buku-buku yang digolongkan dalam jenis nadir jika buku-buku tersebut merupakan naskhah asal.

 

2. Risalah Dan Dokumen:

  • Risalah-risalah termasuk juga buku-buku cenderamata mengenai sesuatu acara yang ada kaitan dengan Negeri Terengganu atau diterbitkan di Negeri Terengganu.
  • Dokumen Kerajaan Negeri seperti Warta Kerajaan Negeri Terengganu, perundangan dan perbahasan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

 

3. Penerbitan Bersiri:

  • Bahan-bahan bersiri seperti majalah, jurnal, 'newsletter', siri monograf, surat khabar dan sebagainya.

 

4. Laporan Seminar:

  • Kertas kerja dan laporan lengkap seminar, bengkel, konvensyen dan lain-lain yang diadakan di Negeri Terengganu atau mengenai Negeri Terengganu.

 

5. Laporan Jabatan Kerajaan:

  • Laporan dan lain-lain penerbitan jabatan kerajaan di Negeri Terengganu.

 

6. Laporan Badan-Badan Berkanun / Swasta:

  • Laporan dan lain-lain penerbitan Badan-Badan Berkanun dan Swasta di Negeri Terengganu.

 

7. Bahan-Bahan Arkib Dan Manuskrip:

  • Segala penerbitan mengenai Terengganu.
  • Manuskrip dalam bidang bahasa, sejarah, sastera Melayu dan lain-lain terutama jika manuskrip itu mengenai atau berkaitan dengan NegeriTerengganu.

 

8. Keratan Akhbar Dan Keratan Maklumat:

  • Semua liputan berita dan maklumat mengenai Negeri Terengganu daripada akhbar tempatan dan lain-lain bahan digunting dan dijilid mengikut jenis perkara.

 

9. Tesis, Buku Catatan Harian Dan Kad Jemputan:

  • Bahan-bahan seperti tesis, buku catatan harian dan kad jemputan yang tidak diterbitkan diperolehi sama ada secara hadiah atau salinan.

 

10. Peta, Atlas, Pelan Dan Carta:

  • Peta, atalas, pelan bangunan-bangunan tempatan dan carta-carta yang ada hubungan dengan Negeri Terengganu.

 

11. Bahan-Bahan 'Audio Visual' (Pandang Dengar):

  • Gambar-gambar foto dan gambar lukisan 'ilustrasi' bagi keperluan sejarah.
  • Piring hitam, pita, kaset, filem dan video kaset yang mempunyai nilaian sejarah.

 

12. Karangan Muzik ( Music Scores ):

  • Karangan muzik sama ada yang bercetak atau diperolehi dengan kerjasama penggubah-penggubah atau artis-artis berkenaan dengan membuat salinan-salinan daripada manuskrip karangan muzik mereka.

 

Cara Memperolehi Bahan

Cara Memperolehi Bahan

Bahan-bahan Koleksi Terengganu diperolehi melalui pembelian dan langganan. Bagi bahan-bahan yang tidak diterbitkan seperti tesis dan buku catatan, bahan-bahan ini didapati melalui sumbangan, pemberian ataupun hadiah daripada organisasi dan individu tertentu. Bahan-bahan dari Jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan swasta diterima secara berterusan dengan memasukkan Perbadanan ini dalam senarai kiriman agensi-agensi tersebut. Bahan-bahan juga diperolehi melalui keahlian sesebuah badan, persatuan atau organisasi.

 

 

Proses dan Pinjaman

Proses dan Pinjaman

Bahan-bahan yang diterima akan dikatalog dan dikelaskan. Seterusnya disimpan di rak khas di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Pengguna-pengguna boleh membuat pinjaman terhadap bahan-bahan tersebut untuk tempoh yang ditetapkan. Mereka boleh merujuk dengan mengisi borang permintaan di meja Penasihat Pembaca di Bahagian Perkhidmatan Khas, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

 

 

Aktiviti

Aktiviti-Aktiviti

Jawatankuasa Koleksi Terengganu turut mengadakan pelbagai aktiviti untuk menambahkan lagi bahan-bahan. Kaedah merekod dan mencipta sendiri didapati melalui dokumentasi lisan. Dokumentasi lisan adalah merupakan satu teknik penyampaian maklumat sejarah secara lisan oleh tokoh-tokoh bersejarah. Melalui kaedah ini maklumat-maklumat sejarah akan dapat dikumpulkan. Penonton dapat melihat, mendengar dan berbincang bersama-sama dengan tokoh-tokoh dalam bidang yang berkaitan. Kaedah ini juga adalah satu usaha dalam menyediakan maklumat primer yang boleh membantu para penyelidik yang berminat terhadap bidang yang berkaitan. Ini juga dapat mengekang kemungkinan wujudnya ketandusan bahan-bahan dan fakta-fakta yang berkaitan.Jawatankuasa Koleksi Terengganu telah menganjurkan beberapa Majlis Dokumentasi Lisan. Majlis Pengkisahan Sejarah yang pertama telah diadakan pada 19 Mac 1988 yang mengupaskan mengenai pentadbiran Islam di Terengganu. Majlis tersebut telah dirakamkan melalui pita video dan kaset seterusnya di 'transkrip' agar senang dibuat kajian.

 

 

  1 Malaysia Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah