Kebudayaan dan Kesenian

Gamelan

Gamelan

 
 
 
 
Kesenian Gamelan dipercayai telah wujud sejak kurun ke 17 dalam zaman Kerajaan Riau-Lingga. Bagaimanapun asal sebenar kesenian ini ialah dari kerajaan Kediri di Jawa Timur. Gamelan berasal daripada perkataan Jawa iaitu 'gamel' yang bermaksud 'tabuh' atau 'pukul'.

Kesenian  Gamelan turut berkembang hingga ke Terengganu melalui perkahwinan diraja antara Tengku Sulaiman ( Al-Marhum ) dengan Tengku Meriam (Anakanda Sultan Pahang). Kedua-dua telah menubuhkan kumpulan penari dan pemain muzik gamelan sendiri. Di sini pada mulanya gamelan diperkenalkan dalam bentuk muzik sahaja dan dikenali sebagai ‘keromong’. Di zaman pemerintahan baginda tarian gamelan hanya dipersembahkan di istana untuk perayaan-perayaan yang tertentu dan juga (penari dan pemain muzik) adalah terdiri daripada orang-orang yang dinaungi serta dilatih khas di kawasan istana.

Tarian Gamelan yang asalnya ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja terdiri daripada empat hingga lapan orang penari. Diiringi oleh muzik yang terdiri dari alat-alat  seperti Gambang, Sarom, Keromong, Kenang, Gong dan Gendang.Tarian ini memerlukan kelembutan, ketenangan disamping menampilkan bentuk kesopanan. Pergerakan tangan adalah tersendiri dan banyak tertumpu pada bahagian bahu. Gerakan jari agak penting juga, terutama waktu mengakhiri satu-satu gerak.

Penari-penari memakai pakaian yang direka khas dan berwarna-warni. Hiasan kepala seperti Gandek, Gerak Gempa, Tajok, Goyang Tengkuk mencantikkan lagi penampilan penari. Hiasan lain yang dipakai ialah Dokoh, Gelang Kaki dan Gelang Tangan.

Setelah tarian ini diperkenalkan kepada rakyat, ditonton secara terbuka kaum lelaki telah turut mempelajarinya.Lebih kurang 39 tarian dicipta untuk ditarikan berdasarkan cerita-cerita panji. Antaranya ialah Taman Sari, Ketam Renjong, Ayak-Ayak, Timang Burung Lantai Lima, Perang Manggong dan sebagainya.

 

 

Ulek Mayang

Ulek Mayang

Tarian Ulek Mayang sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan. Dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar.

Seni budaya ini dianggap sebagai satu khazanah budaya Terengganu yang cuba dipertahankan sehingga kini. Adalah difahamkan tarian ini merupakan satu permainan tradisi masyarakat melayu Terengganu yang tinggal di persisiran pantai  negeri Terengganu. Ia juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa.

Ulit atau ulek adalah merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nada memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus.

Ditarikan secara beramai-ramai antara 10 hingga 15 orang dalam bentuk bulatan untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik. Ia biasanya diadakan pada waktu malam.

Mayang pinang digunakan oleh ketua pemujanya dalam keadaan bersila di tengah-tengah bulatan sambil menyanyi lagu antara lain senikatanya berbunyi:

Umbuk mayang diumbuk
Umbuk dengan jala jemala
Sambut dayang kusambut
Sambut dengan puteri ngesa

Puteri ngesa berkain serong
Puteri ngesa berbaju hijau
Puteri ngesa bersubang gading
Puteri ngesa bersanggol sendeng
(rangkap pertama di atas kemudian diulang dengan puteri dua dan seterusnya hingga puteri tujuh)

Mayang yang digunakan diasap kemeyan di dalam bekas bara api yang dinamakan Dupa untuk membangkit semangat dan asal mayang. Minyak kelapa juga disapukan pada mayang ketika diperasapkan supaya mayang itu kelihatan segar ketika diulit. Mayang hidup dapat dikesan apabila berlaku getaran pada Adi ( ketua pemuja ) yang seolah-olah kelihatan mayang tersebut bergetar dengan sendirinya. Ini akan membawa Adi atau pemegang mayang ke dalam situasi tidak sedarkan diri atau lupa.

 

 

  1 Malaysia Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah