Mudahnya Sifir.

Posted in 2018 Jun

    Mudahnya-Sifir
Tajuk : Mudahnya Sifir.
Pengarang : Muhammad Nazir Mohamed Khalid.
     
Tahun Terbit : 2018.

Sinopsis

:

Khusus bagi anak-anak yang jenis tak suka dan susah menghafal sifir, lepas ni tidak perlu susah payah menghafal lagi. Cuba pakai beberapa teknik yang diajar dalam buku ni. Mana tau, ada kaedah yang boleh membantu. Anak-anak boleh bermain sambil belajar kerana latihan-latihan yang disediakan semuanya berbentuk permainan, melibatkan 80 aktiviti berserta jawapan. Dengan adanya latihan-latihan berbentuk permainan ini, secara tidak langsung mampu membantu merangsang otak dan meningkatkan daya ingatan anak-anak.

STPM Ekonomi (Mikroekonomi) Super Skills Teks Pra-U Penggal 1.

Posted in 2018 Jun

    STPM-Ekonomi-Mikroekonomi-Super-Skills-Teks-Pra-U-Penggal-1
Tajuk : STPM Ekonomi (Mikroekonomi) Super Skills Teks Pra-U Penggal 1.
Pengarang : Heng Siew Ngu, Md. Zyadi Md. Tahir.
     
Tahun Terbit : 2018.

Sinopsis

:

Berdasarkan Sukatan Pelajaran STPM Baharu. Kandungannya menepati kehendak Sistem Peperiksaan Baharu STPM. Rujukan komprehensif untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ekonomi Kertas 1 (944/1) pada Akhir Penggal 1. Nota padat dan tepat dalam bentuk point untuk memudahkan pembelajaran dan pemahaman. Lajur sisi yang bermuat dengan hasil pembelajaran, nota pengukuhan, info terkini, tip, komen pemeriksa, ringkasan isi, dan tag soalan STPM tahun-tahun lepas. Jadual populariti soalan STPM tahun-tahun lepas. Praktis yang menepati piawai peperiksaan. Kertas model peperiksaan sebagai ujian persediaan. Dituils oleh penulis yang berpengalaman luas serta berwibawa.

Kafe.

Posted in 2018 Jun

    Kafe
Tajuk : Kafe.
Pengarang : Ruhaini Matdarin.
     
Tahun Terbit : 2018.

Sinopsis

:

Novel ini sesuai untuk bacaan golongan remaja dan dewasa.

Oh! Mudahnya Jahit Jubah Moden.

Posted in 2018 Jun

    Oh-Mudahnya-Jahit-Jubah-Moden
Tajuk : Oh! Mudahnya Jahit Jubah Moden.
Pengarang : Rozilawati Abdullah.
     
Tahun Terbit : 2017.

Sinopsis

:

Buku Oh! Mudahnya Jahit Jubah Moden sangat istimewa kerana mengandungi pola mengikut ukuran asas badan untuk memudahkan pembaca yang tiada asas jahitan. Anda hanya perlu menekap pola pada kain sebelum memotongnya. Bukan itu sahaja, cara menghasilkan pola juga diajar untuk pemahaman yang lebih lagi. Tidak hanya cara pengiraan ukuran, bahkan cara mencantum juga ditunjukkan. Ia cukup mudah memahami dan sekali gus dapat menghasilkan sepasang jubah yang cantik.

Nota Hati Buat Pelajar: Motivasi Dan Petua Belajar.

Posted in 2018 Jun

    Nota-Hati-Buat-Pelajar-Motivasi-dan-Petua-Belajar
Tajuk : Nota Hati Buat Pelajar: Motivasi Dan Petua Belajar.
Pengarang : Razali Saaran.
     
Tahun Terbit : 2018.

Sinopsis

:

Tidak dinafikan terdapat banyak buku yang hebat berkaitan dengan motivasi pelajar di luar sana yang mampu membantu dalam merealisasikan impian bergelar pelajar cemerlang. Namun harapan penulis, buku yang sederhana ini juga dapat membantu anda dalam menghayati cita-cita itu. Baca dan hayatilah serta ambil mana-mana yang difikirkan sesuai dan abaikan sekiranya tidak memenuhi cita rasa anda.

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla