Aku mahu ke seberang: Suara Hashim Yaacob.

    Aku-mahu-ke-seberang-suara-Hashim-Yaacob
Tajuk : Aku mahu ke seberang: Suara Hashim Yaacob.
Pengarang : Zahari Affandi.
     
Tahun Terbit : 2017.

Sinopsis

:

Seorang anak desa yang dibelit kemiskinan keluarga. Budu dengan ikan tawar bakar menjadi juadah harian. Kadang-kadang belalang kunyit di baruh menjadi lauk untuk dinikmati sekeluarga. Ayahnya, seorang lelaki Melayu kampung tetapi punya rasa cinta akan watan yang menggunung tinggi dan tidak mahu anak lelakinya ini mewarisi kemiskinan keluarga. Lalu, pelajaran dan pendidikan menjadi keutamaannya dalam membesarkan anak-anak. Memoir ini berkisah tentang orang Melayu di kampung, yang tersisih oleh dasar Pecah dan Perintah penjarah rakus yang tidak peduli akan nasib anak peribumi. Lalu, hanya dengan ilmu anak-anak peribumi ini dapat membela bangsa sendiri. Memoir ini boleh dijadikan inspirasi anak bangsa dalam menongkah arus kehidupan. Onak duri di sepanjang jalan bukanlah penghalang untuk mara sehingga ke hujung. Kecekalan, ketabahan, kesabaran, dan reda dengan apa-apa yang diberikan Maha Berkuasa menjadi kunci menggapai kejayaan. Ini kisah tentang seorang professor, seorang pakar pergigian bertaraf dunia, seorang pentadbir, seorang tok dalang, seorang penulis, dan seorang pelukis. Ini memoir tentang Dato' Professor Emiritus Dr. Hashim Yaacob, intan berkilau yang berasal dari tanah kampung yang berlumpur.

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla