Aku bukan anak Pontianak.

    Aku-bukan-anak-Pontianak
Tajuk : Aku bukan anak Pontianak.
Pengarang : Rosli Mohd. Sah.
     
Tahun Terbit : 2017.

Sinopsis

:

Kematian Habsah, seorang wanita terkaya di Kampung Sungai Teberau telah menyebabkan anaknya Akob, terabai. Segala harta benda peninggalannya pula dirampas oleh Pak Li yang merupakan adik kandungnya sendiri. Sejak dari itu, Akob sudah seperti orang kurang siuman dan kemunculannya yang tidak menentu membuatkan orang ramai sering mengaitkan Akob dengan pontianak pokok medang di simpang tiga kampung itu. Pak Li dan sekutunya pula berada dalam ketakutan apabila rahsia yang telah disimpan sejak sekian lama terungkai satu persatu sehingga menggegarkan Kampung Sungai Teberau yang sudah sedia gempar dengan kemunculan seorang perempuan cantik yang tidak diketahui asal usulnya. Namun, adakah Akob benar-benar mempunyai kaitan dengan pontianak pokok medang simpang tiga kampung itu, apakah rahsia yang disembunyikan oleh Pak Li dan siapa pula perempuan cantik yang sering diperkatakan? Apabila ketamakan menguasai diri, nyawa menjadi galang ganti.

  1 Malaysia Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla