Didik anak cara Al-Fateh.

    Didik-anak-cara-Al-Fateh
Tajuk : Didik anak cara Al-Fateh.
Pengarang : Mejar (B) Mohammad Qayyum bin Badaruddin.
     
Tahun Terbit : 2017.

Sinopsis

:

Lazimnya menimang cahaya mata merupakan satu impian mana-mana pasangan suami-isteri. Membesarkan anak, terutama darah daging sendiri, adalah keinginan dan idaman semulajadi makhluk bergelar insan. Ada anak yang baik budi, cantik pekertinya, pandai mengambil hati orang tua dan bermotivasi tinggi. Anak seperti ini menyejukkan hati bukan sahaja ibu dan bapa, malah sesiapa sahaja yang mengenalinya. Ada pula sesetengah anak yang cukup menguji kesabaran ibu bapa, amat nakal, panas baran dan tidak bermotivasi. Anak yang seperti ini membuatkan ibu bapanya sering sesak dada dan boleh menjadi punca ketegangan rumah tangga. Anak anda bagaimana? Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi yang aman dan bahagia. Kita inginkan anak kita yang terbaik dan mencari apakah kaedah mendidik anak yang boleh menjadikan mereka hebat seperti tokoh-tokoh silam seperti sultan Muhammad Al-Fateh. Buku ini menyediakan panduan dan bimbingan cara didikan.

  1 Malaysia Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla