Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat

Pengenalan

Pengenalan

Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat merupakan bahagian yang menguruskan perkhidmatan kaunter dan mengendalikan program galakguna perpustakaan. Bahagian ini dipecahkan kepada 2 unit iaitu:

  • Unit Perkhidmatan Perpustakaan & Literasi Maklumat
  • Unit Koleksi Tempatan/Pendigitan

 


UPPLM

Unit Perkhidmatan Perpustakaan & Literasi Maklumat

Fungsi

  • Merancang dan menguruskan perkhidmatan sirkulasi, rujukan, multimedia dan koleksi khas kepada pengguna
  • Mengendali “user education program” untuk menggalakkan penggunaan sumber maklumat bahan-bahan perpustakaan dengan lebih berkesan
  • Menguruskan perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (Pinjaman Antara Perpustakaan)
  • Mengurus dan mengendali pinjaman, pemulangan dan tempahan bahan-bahan perpustakaan
  • Mengendalikan perkhidmatan maklumat (rujukan dan penerangan)
  • Mengurus dan mengendalikan perkhidmatan Multimedia kanak-kanak dan dewasa

UKTP

Unit Koleksi Tempatan / Pendigitan

Fungsi

  • Menjalankan usaha-usaha publisiti bagi mempromosikan perkhidmatan perpustakaan.
  • Mengurus serta mempelbagaikan aktiviti program galakan membaca bagi golongan dewasa, belia dan kanak-kanak.
  • Merancang dan menyelaras pameran-pameran di semua perpustakaan dan antara jabatan.
  • Merangka aktiviti hujung minggu sepanjang tahun.
  • Mengurus dan menerima layan lawatan, serta mengadakan aktiviti khas untuk pelawat Pra-Sekolah.

Objektif

Objektif

  • Menyediakan sistem penyampaian maklumat yang berkesan kepada pengguna menerusi program galakguna dan program jangkauan.
  • Meningkatkan kadar minat membaca di kalangan masyarakat tempatan.

Visi dan Misi

visi

Keperluan dan kepuasan pengguna keutamaan kami.

 

divider


misi

Meningkatkan kesedaran pengguna terhadap pentingnya amalan membaca ke  arah peningkatan kualiti hidup.

 

Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI BPPM 2015

  1 Malaysia Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah