Pengenalan PPAT

Sejarah Penubuhan

SEJARAH PENUBUHAN

 

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri, ia telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Bil.7 Tahun 1974 dan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 6 Julai 1974.

Mesyuarat pertama penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah diadakan pada 1 Februari 1976 dengan menubuhkan sebuah Jawatankuasa kerja dengan peruntukan awal oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 20,000.00 bagi tujuan penubuhannya. Pada awal 1977 Kerajaan telah membina Bangunan Tun Abd. Razak dengan perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta.

Pada tanggal 1 Ogos 1977, Enakmen ini telah dikuatkuasakan dan beroperasi di pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu di Bangunan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Bukit Che Long, Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu. Pada 29 Jun 1977, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dipindahkan ke Bangunan Wisma Darul Iman (kini Wisma Negeri) dan dengan itu PPAT turut sama berpindah dan ditempatkan di bilik perpustakaan pejabat tersebut di tingkat lima.

Pada 1 November 1978 beberapa orang kakitangan baru telah mula diambil untuk mengisi kekosongan di dalam pelbagai jawatan terutama di bahagian pentadbiran dan pengurusan perpustakaan. Kerja-kerja pembelian dan pemerosesan buku dilakukan dengan lebih giat. Pada bulan April 1979 pembinaan Bangunan Tun Abdul Razak siap sepenuhnya . Pada 13 April 1979 adalah hari yang bersejarah bagi warga perpustakaan kerana dapat menduduki bangunan sendiri iaitu Bangunan Tun Abdul Razak di Jalan Paya Bunga (kini Jalan Sultan Ismail). Pada 29 Jun 1979, bangunan ini telah dibuka dengan rasminya oleh Al Marhum DYMM Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni AlMarhum Sultan Zainal Abidin. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu memulakan perkhidmatannya pada 15 September 1979 dan mulai 1 Januari 1980 telah memperluaskan kepada perkhidmatan pinjaman. Semenjak itu, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu terus berkembang pesat dan mempunyai rangkaian perkhidmatan perpustakaan di daerah Besut, Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun, Marang, Setiu dan Pekan Kerteh. Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu juga menubuhkan Perpustakaan Bergerak dan Perpustakaan Desa di seluruh pelosok negeri bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat.PPAT mempunyai kakitangan seramai 156 orang. Dari jumlah tersebut seramai 7 orang adalah kakitangan profesional.

Namun, hasil dari perkembangan ilmu dan maklumat yang kian pesat, bangunan perpustakaan ini tidak lagi mampu menampung jumlah pengunjung dan menempatkan koleksi bahan yang sedia ada.Jesteru itu wujudlah perancangan untuk menyediakan sebuah perpustakaan baru yang lengkap bagi memenuhi keperluan masyarakat serta menampung dan menyokong kegiatan penyelidikan dan pembacaan.Tapak seluas 5.5 ekar di Padang hiliran telah diperuntukan untuk pembinaan perpustakaan Negeri Terengganu. Bangunan setinggi 5 tingkat ini yang menelan belanja RM33 juta telah siap sepenuhnya pada penghujung Jun 2001 manakala perasmian bangunan telah disempurnakan oleh DYMM Al Sultan Terengganu pada 22 Julai 2001 ( Ahad ), sempena sambutan ulangtahun keputeraan baginda yang ke-39.

 

Objektif Penubuhan

OBJEKTIF PENUBUHAN

 

Menjadikan perpustakaan sebagai pusat rujukan terulung negeri menjelang  tahun 2020.

Menjadi Perpustakaan Awam Negeri Terbaik di Malaysia menjelang tahun  2020.

Memperluas dan mempertingkatkan rangkaian perkhidmatan perpustakaan di  seluruh negeri menjelang tahun 2020.

Memperluaskan sistem perpustakaan bersepadu di semua rangkaian perpustakaan dan mempertingkatkan Teknologi Maklumat menjelang tahun  2020.

Meningkatkan keahlian sebanyak 60% daripada  jumlah penduduk menjelang tahun 2020.

Meningkatkan tahap profesionalisma pegawai menjelang tahun 2020.

Mewujudkan sumber warisan intelek negeri yang unik dan komprehensif.

Fungsi

FUNGSI

 

  • Menubuh, melengkap, mengurus dan menyelenggarakan Perpustakaan Awam Terengganu agar setiap lapisan masyarakat menikmati kemudahan yang sediakan dengan mudah.
  • Membentuk satu Bahasa Malaysia dengan mengembangkan dan menggalakkan pembacaan khususnya dalam Bahasa Malaysia.
  • Untuk mengembang dan menggalakkan penggunaan buku-buku di Perpustakaan Awam untuk rujukan dan untuk pinjaman tertakluk kepada pemeliharaan yang sempurna terhadap kehilangan atau kerosakan.
  • Melahirkan satu masyarakat yang berilmu dan cenderung kepada teknologi dan dayacipta melalui penggunaan Perpustakaan yang lebih berkesan.
  • Memperolehi suatu kumpulan lengkap bahan-bahan yang ada hubungan dengan Negeri Terengganu untuk dijadikan bahan rujukan dan penyelidikan.
  • Meninggikan tahap ekonomi dan memperbaiki taraf hidup masyarakat di negeri ini melalui pendidikan seumur hidup serta mengurangkan jurang kemiskinan.
  • Melahirkan masyarakat yang bermaklumat.
  • Memenuhi keperluan budaya, seni dan rekreasi.
  • Menyediakan khidmat rujukan, bibliografi serta pinjaman antara Perpustakaan, Jabatan dan Dewan Undangan Negeri untuk melahir kecemerlangan dalam perkhidmatan awam melalui proses pengubalan dasar serta proses membuat keputusan yang tepat dan bijak.

 

  1 Malaysia Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah