Arkib Aduan

Senarai pertanyaan, aduan atau cadangan ini adalah yang dikemukakan oleh pengguna bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

No Nama Penggguna Cadangan/ Aduan Maklum Balas/Tindakan
1 Roslinda Sulaiman

berhasrat ingin mendapatkan bahan bacaan yang ingin dilupuskan untuk menambah koleksi bahan bacaan di sekolah saya.
Kami amat kekurangan bahan bacaan tetapi mempunyai murid yang sangat berminat membaca pelbagai bahan bacaan.
Semoga niat murni ini mendapat perhatian sepenuhnya daripada pihak tuan.

Assalamualaikum Puan Roslinda,

Untuk makluman puan, bagi mendapatkan buku sumbangan daripada PPAT, Puan perlu membuat permohonan secara rasmi melalui Pengetua / Guru Besar sekolah puan ke alamat :
Pengarah,
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu,
Jalan Kemajuan, Padang Hiliran,
21572 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Permohonan Puan akan diproses dan perlu menunggu giliran.
Sekian, terimakasih.

 

2 Nur Hidayah

Assalamualaikum WBT Tuan/Puan.
Saya pelajar PhD dr UMT.
Saya agak tidak berpuas hati kerana saya tidak dibenarkan membawa botol air masuk ke dalam perpustakaan ini. Saya diminta untuk meninggalkan botol air di meja guard.
Saya faham ini adalah peraturan perpustakaan, akan tetapi perpustakaan lain terutamanya selangor, UMT, UKM membenarkan air dibawa masuk kecuali makanan. Saya harap pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangka n cadangan saya agar pihak Tuan/Puan membenarkan air (bekalan oksigen sampai ke otak untuk mengelakkan rasa penat/mengantuk selain menyahut cabaran 1 hari 8 gelas air) dibawa masuk mungkin dengan syarat2 tertentu (cthnya air manis tidak dibenarkan) supaya bacaan/sebarang kerja yang dilakukan lebih proaktif dan produktif.
terima kasih

Assalamualaikum saudari Nur Hidayah,
Berkenaan dengan aduan/cadangan yang dikemukakan menerusi email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. pada 2016-08-17 10:16 melalui Portal Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
Untuk makluman saudari, PPAT ada menyediakan air minuman di tingkat 2 dan 3. Pihak pengurusan akan mengeluarkan memo kepada pengawal bagi membenarkan air mineral dibawa masuk ke dalam bangunan perpustakaan sepertimana di perpustakaan lain.
Pihak kami memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul.

Sekian, terima kasih

3 Norshahida Akma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya merupakan salah seorang pelajar yang kerap menggunakan perpustakaan untuk tujuan mentelaah pelajaran. Disini saya ingin melontarkan sedikit kekecewaan terhadap kekurangan fasiliti di Perpustakaan Awam Daerah Setiu. Saya agak terkilan apabila tempat dalam perpustakaan terutamanya Bahagian Dewasa telah mengalami kerosakan pada penyaman udara hampir 4 bulan lamanya sehingga saya terpaksa berkongsi tempat dengan kanak kanak di (Bahagian kanak-kanak) sehingga mengganggu saya untuk mengkaji pelajaran akibat daripada gangguan yang dilakukan
oleh kanak-kanak. Masalah yang kedua ialah kekurangan plug apabila kebanyakan pengunjung akan membawa komputer riba dan masalah ini agak menggangu saya untuk menyiapkan tugasan.
Saya berharap segala kekurangan fasiliti dapat ditangani dan masalah kerosakan terhadap penyaman udara dapat dibaiki dengan kadar yang segera.

Assalamualaikum Puan,

Untuk makluman puan, kami telah berjaya membaikpulih sistem penyaman udara di Perpustakaan Daerah Setiu dan keadaan kembali seperti biasa.
Kami akan sedaya upaya untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk semua pengunjung kami.

Kami amat menghargai aduan/cadangan daripada puan bagi menambahbaik perkhidmatan kami.


Sekian, terima kasih.

4 Ramli Taib

Assalamualaikum.

Bolehkah pihak perpustakaan Sekolah memohon sumbangan buku dari pihak tuan. Terima kasih.

Assalamualaikum Tuan,

Untuk mendapatkan buku sumbangan daripada PPAT, Tuan perlu membuat permohonan secara rasmi melalui Pengetua/ Guru Besar ke alamat :

Pengarah,
PerbadananPerpustakaanAwam Terengganu,
JalanKemajuan, Padang Hiliran,
21572 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Permohonan akan diproses dan perlu menunggu giliran.

Sekian, terimakasih.

No Nama Penggguna Cadangan/ Aduan Maklum Balas/Tindakan
5 CHe Ku Nur Umairah

Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya sebagai pelajar tingkatan 3 bercadang untuk memilih Perpustakaan Awam Terengganu
(Kual a sebagai salah satu bangunan yang dikaji dalam kerja khusus Sejarah PT3.
Oleh itu, bolehkah saya mengetahui latar belakang yang lebih teliti dan tepat tentang perpustakaan ini seperti sejarah
bangunan ini dibina, struktur binaan ini dan sebagainya ?

Harap tuan/puan dapat beri kerjasama

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana adik memilih untuk mengkaji sejarah PPAT. Untuk makluman adik, maklumat berkaitan sejarah PPAT boleh diperolehi di dalam Portal PPAT iaitu di url: http://www.trglib.gov.my/index.php/orang-awam/info-korporat/pengenalan menerusi menu Pengenalan PPAT.


Saudari juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan PPAT yang dimaksudkan di kaunter Koleksi Terengganu, Aras 2 Bangunan PANT. Adik bolehlah datang ke PANT untuk mendapatkan maklumat lanjut.

6 Nor Ismaliza

Tuan, saya warga kerteh, saya nk tanya ada tak jawatan kosong dekat PPAT di kerteh.
setahu saya PPAT dalam proses pembinaan dikerteh.
Macamana saya nk apply sekiranya ada jawatan kosong di bangunan baru PPAT kerteh.
diharap tuan dapat membalas email saya ni. dan terima kasih kerana sudi baca soalan saya.

Assalamualaikum,

Untuk makluman Tuan, kami di PPAT akan mengeluarkan iklan jawatan kosong kepada orang awam sekiranya terdapat jawatan kosong baharu. Buat masa sekarang, masih tiada jawatan kosong baharu yang diiklankan oleh PPAT.


Tuan juga boleh melayari Portal Rasmi PPAT bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan tawaran jawatan kosong. Berikut merupakan pautan portal berkenaan Iklan jawatan kosong. url: http://www.trglib.gov.my/index.php/orang-awam/jawatan-kosong-ppat


Kami amat menghargai sokongan anda kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
Sekian, Terima kasih.

7 Ramli Taib

Assalamualaikum.
Bolehkah pihak perpustakaan Sekolah memohon sumbangan buku dari pihak tuan. Terima kasih.

Assalamualaikum

Untuk mendapatkan buku sumbangan daripada PPAT, Tuan perlu membuat permohonan secara rasmi melalui Pengetua/ Guru Besar ke alamat :


Pengarah,
PerbadananPerpustakaanAwam Terengganu,
JalanKemajuan, Padang Hiliran,
21572 Kuala Terengganu,
Terengganu.


Permohonan akan diproses dan perlu menunggu giliran.

8 Ramli Taib

Assalamualaikum.

Bolehkah pihak perpustakaan Sekolah memohon sumbangan buku dari pihak tuan. Terima kasih.

Assalamualaikum Tuan,

Untuk mendapatkan buku sumbangan daripada PPAT, Tuan perlu membuat permohonan secara rasmi melalui Pengetua/ Guru Besar ke alamat :

Pengarah,
PerbadananPerpustakaanAwam Terengganu,
JalanKemajuan, Padang Hiliran,
21572 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Permohonan akan diproses dan perlu menunggu giliran.

Sekian, terimakasih.

9 Efa Nasyahani

Pertanyaan saya,adakah pihak perpustakaan menyediakan pc untuk orang awam menggunakannya?

Assalamualaikum,

Kami menyediakan kemudahan PC untuk kegunaan orang awam iaitu di Unit Multimedia/ SiberDewasa, Aras 2 Bangunan PANT dan Children Cyber Corner (CCC) bagi kanak- kanak di tingkat bawah bangunan PANT. Kami turut menyediakan kemudahan computer disetiap Perpustakaan Awam Daerah namun jumlahnya kurang berbanding di PerpustakaanAawam Negeri.


Untuk makluman saudari juga, kami di PPAT turut menyediakan kemudaham Samsung Smart Library bagi kemudahan pengguna untuk membaca ebook menerusi gajet dan tablet.


Kami amat menghargai sokongan anda kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
Sekian, terima kasih.

 

 

  1 Malaysia Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla