Berita & Peristiwa

SSL Pertama di Pantai Timur

ssl2  KUALA TERENGGANU – Selaras dengan era digital dan ledakan maklumat yang kian pesat, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) kini mempunyai Perpustakaan Bestari Samsung yang boleh digunakan oleh orang awam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, Perpustakaan Negara dengan kerjasama Samsung Malaysia Electronic (SME) memperkenalkan pendekatan baharu dalam capaian perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat dengan pengenalan Perpustakaan Bestari Samsung atau Samsung Smart Library (SSL).

Menurutnya, ia dibangunkan menggunakan kepakaran teknologi Korea dan merupakan satu perubahan baharu dalam dunia perpustakaan di mana peranti elektronik digunakan untuk membaca, belajar dan menimba ilmu.“PPAT adalah perpustakaan keempat di Malaysia dan yang pertama di pantai timur menerima kemudahan itu.“Penubuhan sebuah perpustakaan digital seperti ini amatlah bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri dalam memancu perkembangan ICT bagi menyokong pembangunan ekonomi dan industri di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, Perpustakaan Bestari Samsung adalah satu perkembangan positif ke arah menjadikan Terengganu sebagai hab ICT di pantai timur, Semenanjung Malaysia.“Usaha seperti ini oleh pihak swasta amatlah dialu-alukan kerajaan negeri dalam membina kerjasama yang jitu ke arah memaju dan mendidik masyarakat berilmu termasuklah penubuhan sebuah perpustakaan digital,” katanya.Beliau berkata demikian semasa hadir pada Majlis Perasmian Perpustakaan Bestari Samsung di Ruang Legar PPAT, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Perhubungan Korporat Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Roh Jae Yeol dan Pengarah PPAT, Datuk Nor Akmal Abdul Fatah.Tambahnya, kemudahan sebuah perpustakaan digital seperti ini tentunya akan dapat mempertingkatkan keupayaan pengguna dalam meneroka ilmu pengetahuan secara maya.“Seterusnya, pembelajaran sepanjang hayat akan dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat bermula dari usia muda.“Kehadiran SSL di bangunan PPAT tentunya amat mengujakan terutama dalam kalangan remaja dan kanak-kanak yang sentiasa inginkan perubahan dan sesuatu yang baru,” katanya.

Difahamkan, Perpustakaan Bestari Samsung menggunakan pelbagai peranti telekomunikasi jenama dan ia pertama kali diperkenalkan di Perpustakaan Negara, disusuli di Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM).“Keistimewaannya, pelbagai peranti Samsung seperti Galaxy Tab, Notebook, Destop AIO dan Smart TV disediakan untuk pengguna di perpustakaan bestari itu,” kata Ghazali.

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla