JEJAK LEGASI KEMERDEKAAN – BICARA PAHLAWAN

mrkedka

 

 

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-60 selari dengan tema tahun ini NEGARAKU SEHATI SEJIWA,  Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan  satu program iaitu ‘Jejak Legasi Kemerdekaan 2017’ anjuran bersama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Cawangan Hulu Terengganu. Program ini diadakan bagi memupuk semangat cintakan negara dan semangat patriotik serta menghargai pengorbanan para pejuang terdahulu mempertahankan tanah air.

Selain itu, program ini juga mengajak generasi baru untuk duduk dan menghayati kisah-kisah perjuangan dalam satu ruang bicara bertajuk  ‘Bicara Pahlawan’. Dikendalikan oleh Persatuan Veteran ATM serta tokoh-tokoh terpilih dari kalangan ‘Home Guard’, Komando dan Parajurit, ruang bicara ini memberi kesempatan kepada mereka untuk  menceritakan semula detik-detik getir perjuangan mereka dalam misi mempertahankan tanah air.

Program ini juga diteruskan lagi dengan bacaan sajak yang  bertajuk ‘Parajurit Tanah Air’ oleh Puan Mahani bin Sulong serta ‘Perarakan Jalur Gemilang’ yang disertai oleh pelajar sekolah menengah di sekitar Kuala Berang.

Deruman perarakan Kembara Merdeka juga telah mengegarkan Dataran Majlis Daerah Kuala Berang yang disertai oleh 100 buah kenderaan bermotor dengan jumlah peserta seramai 700 orang.

Program ini berakhir dengan harapan tidak lain tidak bukan adalah untuk kita terus bersatu untuk menjaga keharmonian negara ini agar tidak terjajah dengan agenda dan anasir-anasir luar yang boleh meruntuhkan keharmonian negara yang telah kita kecapi selama ini.

 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-60. Negaraku Sehati Sejiwa.

 

 

 

Ahli panel yang terlibat ialah ;

 

Dirasmikan Oleh          :           Encik Mohd Rashdan Bin Muda  ( Ketua Penolong Pegawai Daerah)

 

Moderator    :           Encik Mohamad Bin Daud

 

Ahli Panel      :           1) Ismail Ali – Bekas Home Guard

                                   2) Mohammad Bin Junoh – Bekas Anggota Rejimen Renjer DiRaja 

                                   3) En. Azanan Bin Hassan – Bekas Komando

                                    ( Beliau berjaya menyusup masuk dalam kem penganas komunis dan bertempur)

                                   4) Abdul Majid Bin Sulaiman – Ahli Persatuan Veteran ATM  

 

Last modified on Rabu, 06 September 2017 15:12
  1 Malaysia Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla