PROGRAM KEM SOLAT

Untitled-1

 

 Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan satu program berbentuk kerohanian iaitu Kem Solat yang telah diadakan pada 27 Mac 2017. Program ini adalah anjuran bersama beberapa agensi dan jabatan kerajaan iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, Hospital Daerah Hulu Terengganu, Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK) Hulu Terengganu, Pegawai Daíe Daerah Hulu Terengganu serta Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Kg.Kuala Menjing. Bilangan peserta adalah seramai 90 orang yang terdiri daripada “Klien Metadon” bersama-sama kakitangan kerajaan dan ahli Belia 4B  setempat.

 Objektif program ini diadakan bagi memperkasakan tata cara mengerjakan ibadah seharian meliputi semua amalan terutama penjagaan solat yang betul dalam kalangan peserta. Selain itu, program ini juga dapat membentuk keperibadian yang terpuji serta merapatkan ukhwah Islamiah dalam kalangan peserta .Pihak penganjur juga berharap peserta dapat meneruskan objektif ini di peringkat masyarakat setempat.

 Perasmian pembukaan dilakukan oleh Doktor Aminuddin bin Che Ibrahim selaku Pegawai Perubatan dan Kesihatan Ajil manakala perasmian penutup di sempurnakan oleh Encik Hidayat Bin Baharum selaku Penolong Pegawai Agama mewakili Tuan Kadi Daerah.

 

Last modified on Isnin, 10 April 2017 09:06
  1 Malaysia Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah