
Seramai 35 orang murid bersama 3 orang guru pengiring daripada Sekolah Kebangsaan Merang, Setiu telah mengikuti Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan yang telah diadakan di Bilik Seminar, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) pada 17 Januari 2012. Di antara skop pengajaran adalah Pengenalan PPAT, Tatacara Kerja Sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah / Perpustakaan, Pengkatalogan dan Pengkelasan Sumber Perpustakaan, Proses Teknik Bahan dan juga Lawatan Berpandu ke bahagian-bahagian di PPAT.
























